Resepi Kek Batik Cheese Leleh Sedap

Resepi Kek Batik Cheese Leleh Sedap – Kek batik yang rasa manis digabungkan dengan cheese menyelerakan dengan tekstur berkrim yang larut di dalam mulut. Sangat sedap makan ketika siang hari. Terutamanya jika dihidangkan dengan minuman segar seperti ais. Lapar dan dahaga boleh hilang dengan kek. Kek batik cheese ini boleh hadir untuk keluarga tercinta anda di rumah. Bagaimana untuk membuatnya adalah sangat mudah dan praktikal. Tidak perlu mengkukus atau mengoven, anda akan senang untuk membuat kek batik cheese ini. Apatah lagi anak-anak pasti suka. Mari kita cuba untuk membuat resepi kek lazat ini di rumah.

resepi kek batik cheese

Resepi kek batik cheese meleleh

Bahan-Bahan Resepi Kek Batik Cheese:

  • 1 bungkus biskut marie (Patah-patahkan jangan sampai hancur)
  • 1 bungkus kecil milo
  • Susu pekat 1/2 tin
  • 1 ketul buttercup
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil nescafe

Topping cheese

  • 250 g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu perahan lemon
  • sedikit susu cair

Cara membuat kek batik cheese:

  1. Cairkan buttercup dalam kuali. Bila dah cair masukan milo, serbuk nescafe, susu pekat susu cair serta telur (pecah dan pukul sekejap) masak sampai sebati.
  2. Pastikan api kecil supaya milo dan buttercup tadi bercampur dengan baik dan tidak berketul-ketul.
  3. Bila bahan agak sebati, masukan biskut marie tadi kacau sampai sebati
  4. Angkat dan masukkan dalam bekas atau loyang. Tekan bahan supaya rata dan padat.
  5. Sementara itu buat bahan untuk topping. Campurkan cream cheese, susu pekat, perahan lemon dan susu cair dalam bekas. Gaul bahan sehingga sebati.
  6. Tuangkan topping cheese atas kek tadi. Boleh sejukkan kek dahulu dalam peti sejuk sebelum dipotong. Kalau nak lebih cantik, hiaskan dengan coklat rice dan nestum.

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih