Resepi Kentang Putar Paling Mudah

Resepi Kentang Putar Paling Mudah – Resepi masakan sangat mudah yang menjadi kesukaan kanak-kanak nak dikongsikan kali ini ialah kentang putar. Disini admin kongsiresepi bahan-bahan dan cara penyediakannya seperti dibawah. Selamat mencuba dan nikmati lah keenakkan resepi kentang ini.

resepi kentang putar

Bahan-Bahan Resepi Kentang Putar: ( 5 orang )

Bahan A – Untuk Kentang Putar

  • 5 biji kentangdibuang kulit dan dipotong 4
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu susu pekat manis

Bahan B – Untuk Sos

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar mentega
  • Sedikit lada, sos tiram dan kicap

Cara Membuat Kentang Putar:

1. Rebus kentangsehingga empuk masukkan sedikit garam.

2. Toskan air dan lenyekkan, guna hand mixer putar kentangsehingga halus. Masukkan lada hitam dan susu.

3. Kentang dah siap, buat sosnya pula.

Cara Membuat Untuk Sos:

1. Rebus bawang merah, lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit. Tos kan air rebusan tadi.

2 .Masukkan mentega ke dalam kuali dengan api yang kecil. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau jangan bergentel.

3. Masukkan air rebusan tadi bersama lada hitam, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat. Kacaukan dan siap untuk dihidangkan bersama kentang putar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih