Resepi Masakan Ayam Simple dan Sedap

Resepi Masakan Ayam Simple dan Sedap – Resepi masakan ayam masak madu yang saya kongsikan ini sangat simple dan saya rasa anda boleh terus mencubanya di rumah. sebenarnya hari ini saya malas sekali untuk memasak tapi kerana sebagai isteri yang baik saya tetap perlu memasak.

resepi-masakan-ayam-simple-dan-sedap

Saya harap anda minat memasak sangat kerana sebagai wanita korang mesti pandai masak. saya sendiri mula-mula tak minat masak tapi lama-lama akan jadi biasa dan senang je memasak ni.

Resepi Masakan Ayam Simple

Ayam masak madu ni paling simple dan sedap bila taburkan bawang goreng atau daun sup diatasnya dan resepi ini juga sesuai untuk anda yang baru-baru nak belajar memasak.

Bahan-Bahan Resepi Masakan Ayam Simple dan Sedap:

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • bawang besar – dipotong bulat
  • bawang merah – dikisar
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • tomato – dibelah 4
  • kulit kayu manis
  • air – ikut nak kuah banyak atau tak
  • garam secukup rasa

Cara Menyediakan Masakan Ayam Simple dan Sedap:

1: Basuh dan potong ayam suka-suka hati kemudian ayam digaram kunyitkan. selepas tu ayam digoreng separuh masak angkat dan toskan dan ketepikan.

2: Tumis bahan kisar tadi sampai naik bau kemudian masukan kulit kayu manis dan bila dah nampak garing masukan air, sos cili, sos tomato, dan madu.

3: Masukan ayam dan biarkan ayam masak sepenuhnya dan perasakan dengan sedikit garam.

4: Akhir sekali masukan tomato dan bawang besar dan bila dah empuk angkat dan ayam siap dihidangkan.

Bagaimana resepi masakan ni simple sangat kan? selamat mencuba..:)

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih