Resepi Menu Buka Puasa 2017

Resepi Menu Buka Puasa 2017 – Bila dah nak masuk bulan Ramadhan ni, mesti nya ramai yang pening kepala nak fikir menu berbuka puasa apa yang nak disediakan untuk juadah buka puasa dan bersahur. Serius pening kepala nak fikir resepi masakan nak masak apa setiap hari. Jadi untuk memudahkan anda semua, admin dah sediakan resepi masakan yang menyelerakan untuk menu buka puasa dan bersahur untuk bulan Ramadhan. Boleh la cuba resepi yang disediakan di bawah.

menu buka puasa

1. Resepi Kuih Kaswi Sedap – hari ini saya nak kongsikan resepi kuih kaswi sedap dan lembut. siapa tak kenal kuih kaswi ni, memang tak kena babab! kuih kaswi atau kosui atau kasui sangat digemari oleh masyarakat Malaysia kerana rasanya ni memang tersangat sedap.

salah satu kuih tradisional ni sering menjadi pujaan orang ramai dan sering juga menjadi hidangan di majlis raya, memang sedap dengan rasanya yang kenyal-kenyal dan saya suka kuih kaswi yang agak sedikit lembik kerana tak perlu risau jika semasa dipotong akan sedikit comot.

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap

Resepi Kuih Kaswi Sedap

kuih kaswi akan tampak cantik bila bersalut dengan kelapa dan kemanisanya juga secukup rasa. kuih kaswi adalah salah satu resepi kuih kukus atau kuih loyang yang sedap dan mudah penyediaanya. saya biasanya menyediakan kuih kaswi untuk keluarga ketika minum petang.

jom kita tengok resepi kuih kaswi yang sedap di bawah ni dan jangan lupa masak dengan hati yang ikhlas agar masak jadi mudah dan sedap juga dapat pahala.

Bahan-Bahan Kuih Kaswi Sedap

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 keping gula melaka
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan air
  • 7 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cawan tepung ubi

Bahan Lain Kuih Kaswi Sedap

  • Kelapa Parut Muda
  • Sedikit Garam

Cara Penyediaan Kuih Kaswi Sedap

1. masak air dengan gula melaka, daun pandan, gula merah, dan gula pasir hingga mendidih dan sedikit pekat kemudian sejukan sehingga agak agak air gula sulam

2. masukan tepung gandum bersama tepung ubi yang telah disatukan kedalamnya dan kacau sebati. rasakan sedikit adunan dan bila belum manis boleh tambahkan gula pasir. selepas tu, masukan air kapur dan kacau rata dan tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

3. panaskan periuk pengukus dan masukan loyang dan setelah loyang panas tuang adunan kedalam loyang. dan kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

4. sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala dan bila kuih sudah masak boleh buka penutup pengukus dan agar air dipermukaan kuih cepat mengering kukus tanpa penutup seketika.

5. akhir sekali, bila sudah kering angkat dan sejukan dan setelah betul-betul sejuk, baru dipotong. untuk menyediakanya balut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

bagaimana mudah kan resepi kuih kaswi yang saya share ni dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

BACA: Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Mudah

Resepi Menu Buka Puasa 2017

2. Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, ikan tongkol ialah ikan yang paling saya suka. resepi ni ramai orang buat untuk makan bersama nasi dagang. tapi kalau anda mau makan bersama nasi putih pun sedap.

resepi ini ialah kegemaran keluarga dan cukup populer di kalangan masyarakat malaysia, menu ikan tongkol masak kari merupakan permintaan anak-anak. memang mudahlah kerja saya di dapur sebab sudah tahu apa yang hendak di masak.

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

resepi ini sangat mudah penyediaanya kerana menggunakan bahan-bahan yang simple saja. biasanya bila saya nak masak kari saya goreng terlebih dahulu sampai setengah masak. saya paparkan resepi ini untuk memudahkan dimasa depan.

ramai pembaca blog ini mengira saya dalah chef, saya hanyalah seorang wanita yang berkongsi apa sahaja masakan yang pernah saya masak dirumah. saya kira berkongsi resepi apa sahaja boleh mendatangkan manfaat untuk pembaca blog ni.

jom langsung sahaja kita layan resepi ikan tongkol masak kari yang sedap ini:

Bahan-Bahan Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

  • 8 keping ikan tongkol – bersihkan
  • 14 cili kacang bendi – kerat batang dan ekor
  • 6 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu pati teh asam jawa
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 3 biji cili merah – belah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 2 pelepah daun kari – larutkan daunya dari tangkai
  • minyak, garam, dan gula secukupnya

Bahan Tumbuk

  • 6 biji bawang merah
  • 5 biji bawnag putih
  • 2 cm halia

Cara Penyediaan Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

1. mula-mula bersihkan ikan tongkol dan gaul dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng hingga separuh masak

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau, selepas tu gunakan api sederhana dan masukan cili kisar. biarkan hingga pecah minyak.

3. kemudian masukan serbuk kari ikan dan bila terlalu kering tambahkan dengan sedikit air. kemudian masukan daun kari dan biarkan hingga layu dan masukan santan.

4. biarkan hingga santan mendidih dan bila sudah mendidih masukan ikan tongkol, bila kuah sudah agak pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.

5. akhir sekali, masukan cili merah bersama garam, gula, dan kacang bendi dan biarkan hingga kacang bendi berubah warna. dan bila sudah masak bolehlah matikan api.

yup, bagaimana mudah sahaja kan resepi ikan tongkol masak kari yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Resepi Menu Buka Puasa 2017

3. Resepi Sup Tulang lembu, baru dengar nama je sudah meleleh-leleh air liur kan? resepi sup ni saya ambil dari blog Azlita asam manis. terima kasih kepada Ita kerana sudah sudi berkongsi resepi sup sedap ini.

sup tulang lembu adalah salah satu makanan kegemaran saya dan keluarga, di masyarakat Malaysia sup ini banyak penggemarnya juga dan cukup popular.

Resepi Sup Tulang Lembu

Resepi Sup Tulang lembu

bahan-bahan untuk membuat sup ini memang ada banyak sikit nak kena cari batang Celery dan Leek. tapi tak susah dan senang aje penyediaanya. sup tulang lembu paling sedap dimakan bersama sambal kicap Zahir.

mungkin ramai orang kata “ala sup aje apalah yang sedap sangat”, tapi bila anda dah cuba resepi sup tulang ni toleh kanan kiri pun dah tak dan dah.. sebenarnya, sudah lama dapur rumah saya tak berasap kerana dikebanyakan masa hanya saya yang ada di rumah.

tapi buat pembaca setia blogopsi.com akhirnya saya tergerak untuk berkongsi, jom kita layan resepi paling sedap di bawah.

Bahan-Bahan Resepi Sup Tulang lembu

  • 1 kg tulang lembu – cuci dan rebus hingga empuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 labu bawang besar – di hiris
  • 1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
  • air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
  • 1 batang lobak merah ~ di dadu
  • 2 biji kentang ~ di dadu
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng untuk tabur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh lada sulah

Bahan kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang celery
  • 1 inci halia
  • 1 batang leek
  • 1/2 batang lobak merah

Cara Penyediaan Resepi Sup Tulang lembu

Resepi Sup Tulang Lembu Paling Sedap

1. kisar halia, bawang merah, dan bawang putih dan ketepikan. kisar pula batang celery, lobak, dan batang leek. ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.

2. panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk kemudia tumis pelaga, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, bawang besar hingga naik bau dan garing. kemudian masukan rempah sup dan tumis lagi hingga rempah garing dan bila terlalu pekat boleh tambahkan air.

3. bila semua bahan tumis tadi sudah garing masukan air rebusan tulang dna tulang . gunanya tulang dimasak hingga empuk diawal adalah agar proses memasak tak terlalu lama. semasa merebus aka keluar kotoran dan buih minyak sendukan dan buang kotoran yang keluar tadi.

4. akhir sekali bila daging sudah empuk masukan lada sulah dan perasakan dengan sedikit garam kemudian masukan lobak dan kentang yang sudah dipotong dadu tadi. rebus sekejap dan masukan cili padi, batang celery, daun sup, dan bawang goreng. tutup api dan siap untuk dihidangkan.

resepi sup tulang lembu ini paling sedap bila dihidangkan bersama sambal kicap zahir dan dibawah resepi sambalnya.

Sambak Kicap

  • 10 – 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato

Cara Penyediaan satukan semua bahan dan kisar, sedia dimakan bersama sup tulang. bagaimana mudah dan senang kan resepi sup tulang yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap selanjutnya. – www.blogopsi.com

BACA: Resepi Tart Nenas Gulung Rangup dan Sedap

Resepi Menu Buka Puasa 2017

menu buka puasa

4. Resepi Cucur Bawang – biasanya cekodok atau cucur anda boleh buat adunan cair atau pekat, kalau nak cucur yang lembut buat adunanya lembut. kalau suka pejal sikit bancuhan biar pekat sikit. untuk mendapatkan cucur yang lembut serbuk penaik dan telur ialah bahan yang memiliki peranan penting.

cara nak goreng cucur bawang rangup ni adalah tuang seret kat tepi kuali dan dalam cucur ni, saya masukan dengan udang hidup bersaiz kecil. dan jika anda ingin mencuba resepi cucur udang rangup ni jom kita layan rsepinya dibawah.

Bahan-Bahan Resepi Cucur Bawang

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar tepung beras
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana – hiris
  • 2 biji cili hijau – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 1 pokok daun sup – hiris
  • 1 genggam udang hidup bersaiz kecil
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur – dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh baking powder
  • garam secukupnya
  • sos cili atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur
  • minyak untuk goreng terendam

Cara Penyediaan Resepi Cucur Bawang

1. siapkan 1 bekas kemudian masukan udang, bawang, cili hijau, cili merah, daun sup, baking powder, garam secukup rasa dan kemudian gaul hingga rata. masukan telur dan gaul lagi. selepas tu masukan tepung beras dan tepung gandum dan kacau rata.

2. tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis kemudian biarkan sekejap. panaskan minyak dalam kuali, kacau adunan tadi dan sudukan 1 camca besar penuh kemudian tuangkan di tepi kuali.

3. ulangi langkah tadi hingga kuali cukup untuk menggoreng beberapa cucur dan kaedahnya tetap sama tuangkan ditepi kuali.

4. perlahan-lahan jatuhkan cucur kedalam minyak panas dan goreng hingga masak atau berwarna keemasan kemudian angkat dan toskan.

5. akhir sekali, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen papaer towel. buat hingga siap dan hidangkan bersama soso cili atau sambal tumis.

bagaiamana mudah je kan resepi cucur bawang ni dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya

BACA: Resepi Kuih Talam/ Lapis Pandan dan Gula Merah Sedap

Resepi Menu Buka Puasa 2017

Resepi Ayam Sos Lemon Madu

5. Resepi Ayam Sos Lemon Madu

Bahan-bahan Ayam Sos Lemon Madu

– dada ayam 500g (potong ikut suka)
– tepung serbaguna (secukupnya)
– telur sebiji (kacau)
– madu 4 sudu besar
– lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak Ayam Sos Lemon Madu

1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

BACA: Resepi Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

Tags: makanan buka puasa, menu buka puasa, menu puasa, puasa ramadhan 2017, Resepi Ayam Sos Lemon Madu, Resepi Cucur Bawang, Resepi Ikan Tongkol Masak Kari, Resepi Kuih Kaswi Sedap, Resepi Sup Tulang lembu, 

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous