Resepi Roti Jala Mat Gebu

Resepi Roti Jala Mat Gebu – Roti jala adalah sesuatu resepi masakan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia. Di samping itu, roti jala juga sangat dikenali di kalangan kaum-kaum lain seperti Orang Cina dan India. Roti jala memang sesuai disediakan untuk hidangan sarapan atau minum petang dengan membuka selera orang ramai. Kadangkala roti jala akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, kenduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai. Roti jala selalu disajikan bersama kuah sampingan yang terdiri daripada banyak jenis dan rasa yang kebiasaannya adalah kuah kari ayam atau daging.

resepi roti jala

Disini admin nak kongsikan cara buat roti jala dengan bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Roti Jala Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2-3 titik pewarna makanan kuning
  • 1 biji telur
  • Minyak masak atau minyak zaitun
  • Secubit garam

Cara Penyediaannya Resepi Roti Jala Mat Gebu:

1. Sedikan semua bahan-bahan di atas.

2. Campurkan tepung gandum, air dan susu segar dalam satu bekas. Sekiranya, anda tidak suka susu, air boleh digunakan.

3. Sebiji telur dikacau terlebih dahulu. Kemudian, masukkan telur yang dikacau di dalam bekas tadi.

4. 2 atau 3 titik pewarna makanan kuning ditambah dan dikacau rata sampai warna campuran menjadi kuning. Pilihan pewarna makanan terpulang dengan citarasa masing-masing.

5. Biarkan campuran tadi beberapa minit, selalunya 10-15 minit.

6. Panaskan ‘non-stick’ kuali dan sapukan sedikit minyak masak atau minyak zaitun pada permukaan kuali dengan menggunakan paper towel yang bersih.

7. Adunan atau campuran tadi diisi dalam botol yang bermuncung tiga.

8. Apabila kuali telah panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.

9. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati-hati lipat, gulung perlahan-lahan hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan.

10. Roti jala sudah disiap dan boleh dimakan bersama kuah kegemaran anda.

Kuah Kari Ayam Resepi Roti Jala Mat Gebu:

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg ayam
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia
  • 3 biji kentang
  • 1 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • rempah kari daging
  • sedikit garam
  • minyak masak

Caranya menyediakan:

1. Ayam atau daging dibersih dan dipotong tipis. Kemudian, direbus dan ketepikan.

2. Bawang merah, bawang putih, halia dan tomato dibersih dan dicuci. Bahan-bahan ini dikisar halus dengan meggunakan blender.

3. Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali dan panaskan. Masukkan serai yang diketuk dan bahan-bahan yang dikisar.

4. Bila sudah garing, masukkan rempah kari dan sedikit air, masak rempah kari hingga masak. Ada bau wangi kalau rempah tu sudah masak.

5. Masukkan daging atau ayam, kentang dan santan di dalam kuali. Masaklah sehingga daging atau ayam dan kentang empuk elok.

6. Kemudian masukkan garam dan kerisik yang secukupnya. Kuah kari ayam/daging sedia untuk dimakan bersama roti jala.

Selamat mencuba resepi roti jala mat gebu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih