Resepi Sambal Hijau Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Hijau Mudah Dan SedapResepimudahsedap.com kali nak berkongsi resepi mudah untuk membuat sambal hijau yang sedap. Memang sedap! Makan dengan nasi panas-panas, kuah ikan singgang tambah dengan ulam-ulam. Mak mertua lalu melintas pun tak sedar ni.
Resepi Sambal Hijau Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Hijau Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 6 biji cili hijau besar
  • 15 biji cili api
  • 6 Bawang merah
  • 4 Bawang putih
  • Ikan bilis ikot citarasa
  • 4 ulas Bawang besar (hiris kasar)
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula
  • Perencah Secukup Rasa (jika perlu)

Cara menyediakan sambal hijau:

1. Mula2 Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili hijau, cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam kuali. Semua bahan-bahan di atas takpayah dipotong. Tumis je bulat bulat.

2. Kemudian Bila bawang dan cili dah bertukar warna, angkat dan toskan bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan bahan-bahan tersebut dalam lesung batu dan ketuk sekuat hati sampai jiran kiri kanan punya rumah bergegar.

3. Bila kelihatan Agak-agak dah lumat tu, masukkan semula bahan-bahan tadi dalam kuali yang ada minyak bersama api yang sederhana kecil. Kalau nak sambal tu berkuah, bolehlah tambah air (jangan banyak-banyak nanti tak power. Sikit je bagi nampak basah).

4. Last sekali Masukkan bawang besar, garam, sedikit gula dan perencah secukup rasa. Kacau sampai sebati dan sambal hijau sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba! Sedap ni!!!

Selamat mencuba resepi sambal hijau mudah dan sedap.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous