Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sedap

Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sedap –  Seperti yang kita tahu , sambal petai memang sangat sedap inikan lagi bila dimasak bersama sotong kan ? Hidangan ini sangat mudah untuk dimasak , hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Sila rujuk di bawah untuk teruskan.

resepi sambal sotong

Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sedap

Bahan-bahan:

  • Sotong setengah kilo
  • Petai ikut suka banyak mana
  • Cili kering 20 tangkai (ikut suka) – ditumbuk
  • Bawang merah 8 biji (ditumbuk)
  • Bawang putih 47 ulas (ditumbuk)
  • Sos tiram 1 sudu kecil
  • Gula 3 sudu besar
  • Garam secukupnya
  • Penambah rasa secukupnya
  • Minyak

Baca Resepi Mudah dan Sedap:

Cara-cara membuat Resepi Sambal Sotong:
#1.Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sampai naik aroma.
#2.sos tiram, gula,garam,kemudian kacaulah sehingga rata dan biarkan masak sampai kering sedikit.
#3.Masukkan Sotong dan biarkan sampai Sotong masak yang pasti jangan lupa kacau.
#4.Bila Kuah dah pekat masukkan petai dan masak sampai siap.
#5.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Sambal Sotong Dan Petai sangat sedap jika dimasak daripada bahan yang segar.Selain itu , petai jangan di masak terlalu lama nanti dia jadi lembik.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous