Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Mudah

Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Mudah – Hari ini saya ingin share resepi spaghetti carbonara yang sangat mudah dan makanan ini sangat sesuai untuk orang bujang atau anak-anak kerana tak boleh menunggu lama untuk menyiapkanya. resepi masakan yang saya guna ini mudah je dan dijamin sedap.

bagi korang yang tidak pernah memasak boleh sikit-sikit kena belajar masuk dapur untuk belajar masak. biasanya saya selalu order spaghetti carbonara cheese bila tidak ingin memasak. tapi, saya terkena muak kerana nak cari yang sedap susah sangat.

Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Mudah

 

Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Mudah

sebenarnya, saya dapat resepi maskan ini dari rakan facebook dan ketika saya lihat saya ingin terus mencuba di dapur. memang mudah resepi ini kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakanya. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan Spaghetti Carbonara Cheese

  • 1/2 paket spaghetti
  • 6 ulas bawang putih – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 3/4 tin mushroom soup
  • 2 batang sosej ayam
  • lada hitam
  • parmesan cheese
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 paket ayam kisar
  • mix herb
  • garam secukupnya

Cara Membuat Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Mudah

1. mula-mula rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang puith dan bawang besar hingga harum. masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej

3. kemudian masukan mushroom soup bersama susu segar dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan dengan air atau susu segar.

4. lepas tu masukan lada hitam, mix herb, dan garam kemudian gaul rata. taburkan sedikit cheese dan gaul hingga rata. matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Mudah ini dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya. selamat mencuba – www.blogopsi.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous