Resepi Sup Kambing Mamak

Resepi Sup Kambing Mamak – Resepi Masakan yang admin nak kongsikan kali ialah resepi sup, sup ini biasanya menjadi pilihan ketika seorang itu mengalami demam atau kurang sihat. Daging kambing yang kita tahu boleh memanaskan badan sangat sesuai untuk keadaan ini (demam). Hidangan masakan ini cukup sinonim jika dimakan bersama roti terutama roti bengali. Cubalah Resepi Sup ini yang pastinya membuka selera anda..

sup kambing

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit
60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang

Bahan-bahan Sup Kambing:

  • 1 kilo kambing (rusuk)
  • 2 s/b minyak masak
  • 3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
  • 4 biji kentang [belah 4]
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
  • 5 cawan air
  • 1 batang serai [ketukkan]
  • Garam
  • Bawang goreng

Bahan tumbuk Sup Kambing:

  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
  • 1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis:

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buak pelaga

Cara menyediakan sup kambing:

1. Daging kambing potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, kambing dan kacau rata.
4. Masukkan air, serai dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga agak empuk daging kambing.
5. Kemudian masukkan kentang, carrot biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Selamat mencuba resepi sup kambing mamak ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih