Samsung Pay Mini Diumumkan Di Korea Selatan

Samsung Pay Mini Diumumkan Di Korea Selatan – Samsungsedia memperkenalkan SamsungPay dibeberapa buah negara, termasuk Malaysia. Kini, bergerak kehadapan, pihak Samsung turut telah memperkenalkan Samsung PayMini di Korea Selatan – menawarkan fungsi membeli dengan mudah oleh semua pengguna peranti Android – walaupun bukan milik Samsung.

Samsung Pay Mini

Samsung Pay Mini Diumumkan Di Korea Selatan

SamsungPay Mini ini dikatakan akan beroperasi pada telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dan terkini, selain memerlukan sekurang-kurangnya skrin HD, 1280×720 pixel.

Melaluinya, Samsungmengatakan pengguna peranti Android boleh menikmati fungsi seperti pembayaran atas-talian menggunakan SamsungPay Mini, kad pengangkutan, serta penggunaan ahli untuk beberapa perkara dan ganjaran. Walaubagaimanapun, fungsi SamsungPay secara luar-talian hanya ditawarkan untuk peranti Samsungsedia ada sahaja.

Samsung akan mengujinya di Korea Selatan bermula minggu hadapan, dan akan membuat perancangan untuk pengenalan di negara luar Korea Selatan selepas itu.

samsung pay mini

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih