SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga.

Ia berikutan Ibubapa atau Penjaga boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berkenaan.

saps sistem analisis peperiksaan sekolah

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa

SAPS IBUBAPA SEMAKAN KEPUTUSAN TERKINI PEPERIKSAAN ANAK / JAGAAN TAHUN 2017/ 2018

Ibubapa atau penjaga hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan melalui penerangan info yang dinyatakan dalam ruangan berikut.

Maklumat SAPS Semakan Slip Peperiksaan Pelajar Tahun 2017/ 2018

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Sistem Aplikasi Online SAPS Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara (Pendidikan)

Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Panduan Semakan Setelah melayari laman sistem Aplikasi Analisis Peperiksaan menerusi judul pautan di atas Ibubapa atau Penjaga hanya perlu melakukan beberapa perkara seperti dinyatakan di bawah untuk membuat semakan keputusan ujian / peperiksaan

  1. Melengkapkan ruangan No KP atau Sijil Lahir
  2. Tandakan pilihan Sekolah sama ada Rendah atau Menengah juga pilih tahun peperiksaan yang mahu di semak
  3. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang telah tertera
  4. Kemudian klik pada ‘butang’ semak dan seterusnya laporan peperiksaan akan dipaparkan Sebagai info, bagi Sekolah Rendah sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan dan dimuat turun (download) dengan sempurna.

Data rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya turut boleh disemak menerusi sistem aplikasi yang sama. Gred Pemarkahan Terkini Sekolah Rendah Dan Menengah (Menengah Rendah / Atas)

Lampiran Maklumat Gred Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah / Atas

Tindakan Penyelesaian

  • Sekiranya No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu atau meminta anak jagaan mereka menghubungi guru kelas (GK) bagi memaklumkan masalah tersebut.
  • Tindakan seterusnya akan di buat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.
  • Jika terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti diatas
  • Kemungkinan Gangguan Akses Kemungkinan pengguna atau Ibu Bapa akan mengalami kesukaran untuk mengakses Portal SAPS berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa sama yang melebihi batas maksimal kemampuan daya tampung (proses) server. SAPS Semakan Ibu Bapa 2017 Sekolah Menengah
  • Ataupun Portal SAPS sedang dalam proses pengemaskinian atau dalam penyelarasan bagi tujuan penambahbaikkan sistem
  • Jika mengalami situasi seperti yang dinyatakan diharap bersabar dan layari portal SAPS dari semasa ke semasa Halaman Utama Portal Rasmi SAPS – NRKA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Pautan (Link) https://sapsnkra.moe.gov.my

TARIKH KEMASUKAN / KEMASKINI DATA UJIAN ATAU PEPERIKSAAN KE SISTEM SAPS TAHUN 2017/ 2018

Jadual yang disertakan dibawah bagi Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman tahun 2017 adalah untuk tindakan guru kelas ataupun pihak yang berkenaan. Bagaimanapun, jadual ini boleh membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak jagaan mereka dengan merujuk kepada tarikh kemasukan (key-in) markah keputusan setiap peringkat ujian atau peperiksaan yang telah diadakan.

Lampiran akan disertakan kemudian Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR PT3 Dan SPM Untuk makluman kepada pengguna, keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan keputusan berkenaan, sila rujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Pautan Info Berkaitan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih