SAYU !! Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Nahas di Bau

image

BAU – Tiga maut dan dua cedera ringan dalam nahas melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah Perodua Axia di Jalan Bau-Lundu dekat Kampung Kampung Sibuluh di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Ebby Hirwandy Sarbini berkata tiga lelaki yang maut ialah pemandu Perodua Alza itu Weley Gitin serta dua dari tiga penumpang warga Indonesia yang dikenali sebagai Mulyanto Sahri dan Isa Joni.

Katanya sebaik menerima panggilan kira-kira 5.10 petang, sepasukan anggota seramai lapan orang telah ke lokasi kejadian kira-kira sembilan kilometer dari balai berkenaan.

“Tiga penumpang Perodua Alza maut tersepit dalam kejadian tersebut manakala seorang yang cedera ringan keluar sendiri dari kenderaan tersebut.

“Perodua Axia itu dinaiki oleh dua penumpang iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Wanita yang cedera ringan itu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan lanjut menggunakan ambulans,” katanya yang turut terlibat dalam operasi menyelamat tersebut. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih