Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak

Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak

Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak – Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid adalah seorang ulamak tersohor di Perak. Beliau adalah berketurunan dari Syed Hussien Al-Faridz yang merupakan guru dan penasihat agama Islam utama buat Sultan Muzaffar Shah 1 iaitu Sultan Perak yang pertama yang juga merangkap sebagai putera buat Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang terakhir pada tahun 1511.

Tok Tambak Keramat Pulau Pisang

Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak

Ulamak tersohor di dalam negeri Perak ini pada satu ketika dahulu juga adalah penasihat agama Islam utama buat Sultan Iskandar Zulkarnain iaitu Sultan Perak yang ke 15 pada tahun 1756 hingga tahun 1770. Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid telah mendirikan rumah tangga dan berkeluarga sehinggakan keturunan beliau yang dikenali sebagai Habilah Jamalullail Perak telah berkembang terutama sekali di sekitar kawasan Bota, Chegar Galah, Jawang, Kuala Kangsar dan perkampungan lain di Perak.

Tok Tambak Keramat Pulau Pisang

Serba sedikit perwatakan Habib Jalaluddin yang patut anda tahu adalah beliau seorang yang tegas dan dalam masa yang sama mempunyai sifat lemah lembut serta bertolak ansur. Untuk pengetahuan anda, beliau amat dihormati oleh penduduk sekeliling yang sering membuat rujukan dalam persoalan dalam agama Islam kepada beliau. Sebarang permasalahan tentang agama, beliaulah yang akan menjawab dan menerangkan kepada penduduk tempatan.

Tok Tambak Keramat Pulau Pisang

Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak

Beliau amat disegani oleh penduduk setempat kerana pegangannya dan kewarakannya terhadap pegangan agama Islam amat kuat dan teguh sekali. Sedikit selingan untuk persoalan dalam diri masing-masing buat pembaca orangperak.com. Bagaimana pula pegangan kita semua sebagai umat Islam? Mampukah kita menjadi seperti Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid atau dimanakah tahap pegangan agama kita sekarang ini? Tepuk dada, tanyalah hati.

Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid mendapat gelaran sebagai Tok Tambak selepas beliau meninggal dunia. Gelaran Tok Tambak diberi kerana cerita berkenaan dengan peristiwa semasa pengebumiannya. Apa yang berlaku pada hari pengebumiannya adalah ramai waris seperti anak, cucu, saudara dan muridnya yang hendak menambakkan tanah keatas pusaranya sebagai tanda kasih dan penghormatan terakhir pada Habib Jalaluddin. Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak

Tok Tambak Keramat Pulau Pisang

Kemudian, penduduk setempat memberi gelaran Keramat Pulau Pisang sebagai tanda memperingati kekeramatannya sewaktu beliau masih hidup. Jadi pada hari ini, makamnya digelar Tok Tambak Keramat Pulau Pisang. Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com , Makam Tok Tambak telah digazetkan sebagai makam warisan negeri Perak dan makam tersebut telah dibaik pulih pada 22 Ogos 2009 oleh Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia. – orangperak.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous