Semak Keputusan Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM

Semak Keputusan Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM – Semak Status Permohonan dan Keputusan Cuti Belajar Bergaji Penuh Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017. Bakal pemohon diingatkan untuk mengemaskini maklumat masing-masing dalam sistem e-operasi sebelum membuat sebarang permohonan penajaan Tahun 2017. Hanya satu permohonan sahaja pada satu masa.

Semak Keputusan Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM

semakan keputusan temuduga online

Tawaran ini adalah terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat dalam skim perkhidmatan pendidikan yang mana ketua perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP).

Semak Keputusan Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM

1. Syarat Umum
Pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.

2. Syarat Khusus
i) Warganegara Malaysia;
ii) Pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tidak melebihi 50 tahun bagi permohonan peringkat Sarjana pada 1 Januari 2017 ;
iii) Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3tahun (lantikan selewat-lewatnya 1 Januari 2014) pada tarikh tutup permohonan;
iv) Berkhidmat secara tetap dan telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
v) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2014, 2015dan 2016). Penilaian setahun LNPT mestilahgenap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar ;

vi) Memiliki syarat kelayakan akademik seperti berikut:

kelayakan akedemik

vii) Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan (keutamaan akan diberikan kepada calon yang telah mendapat sokongan dan perakuan oleh Ketua Jabatan);
viii) Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
ix) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
x) Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS;
xi) Tidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain;
xii)Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
xiii) Satu Kertas Cadangan (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) perlulah disediakan untuk dibawa semasa sesi temuduga (sekiranya terpilih). ;
xiv) Tempat pengajian adalah di Universiti Awam (UA) Dalam Negara ;
xv) Bagi pengajian peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) dan Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja. Bagi peringkat Kedoktoran, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja;
xvi) Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36bulan (maksimum) dan peringkat Sarjana adalah antara 18 bulan hingga 24 bulan (maksimum) tertakluk kepada mod pengajian dan tempoh pengajian yang ditetapkan oleh universiti;
xvii) Kemasukan ke universiti adalah untuk pengajian sesi 2017/2018 ATAU yang mana-mana sesi kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian;
xviii) Pegawai adalah bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti
JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK
1. Kanser;
2. Serangan jantung;
3. Pulmonary Hypertension;
4. Sakit buah pinggang yang kronik;
5. Sakit hati (liver) yang kronik;
6. Fullminant Viral Hepatitis;
7. Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;
8. Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;
9. Melepuh dan melecur kerana kebakaran;
10. Pemindahan organ utama;
11. Penyakit Parkinson;
12. Penyakit HIV dan AIDS;
13. Pemindahan kaki dan/atau tangan;
14. Skizofrenia;
15. Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan atau kursus yang disahkan oleh pakar perubatan Kerajaan dan/atau pakar perubatan yang diperakukan oleh penaja sebagai tidak sihat untuk meneruskan pengajian; dan
16.Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat untuk meneruskan pengajian oleh pakar perubatan Kerajaan dan/atau pakar perubatan yang diperakukan oleh penaja.
xix) Pegawai yang sedang dalam cuti belajar/ penajaan Kementerian atau mana-mana penaja lain tidak layak memohon;
xx) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek yang terdahulu (dengan kemudahan Cuti Belajar/Penajaan) seperti berikut:
tempoh kursus

xxi) Kementerian berhak  membuat pindaan terhadap syarat-syarat  permohonan, program yang ditawarkan, senarai bidang kursus  dan tempat pengajian yang dibenarkan; dan
xxii) Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja  dalam  tempoh tawaran permohonan ini dibuka. – jiwarosak

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous