Semakan Keputusan 3 Juara TV3

Semakan Keputusan 3 Juara TV3 – Selepas 12 minggu disiarkan secara langsung di TV3, akhirnya program realiti nyanyian 3 Juara menobatkan Kudien, 23; Azizul, 29 dan Salma, 27, sebagai pemenang untuk setiap genre yang dipertandingkan iaitu rock, etnik serta balada.

Menyanyikan lagu I Don’t Want To Miss A Thing (Aerosmith) serta medley Gemuruh (Search & Wings) dan Rock You Like a Hurricane (Scorpions) secara satu lawan satu (battle) dengan pesaingnya, Eva Maria, 23, ternyata pemilik nama sebenar Muhammad Ariffuden Mohd. Rafee berjaya memikat hati juri untuk bergelar juara rock.┬áSemakan Keputusan 3 Juara TV3

Begitu juga untuk kategori etnik, bergelar guru vokal, Azizzul Haqim Md. Anuwar mudah untuk mengetepikan pesaingnya, Nura untuk dijulang selaku juara genre etnik berbekalkan lagu Aduh Saliha (Mawi) serta medley Tak Seindah Wajah (SM Salim) dan Jelmakanlah Ayumu (Siti Nurhaliza).

Semakan Keputusan 3 Juara TV3

Semakan Keputusan 3 Juara TV3

Sementara itu kemenangan Salmah A. Asis menjuarai genre balada menepati ramalan ramai setelah juara Mentor 5 itu menunjukkan prestasi konsisten setiap minggu untuk mengatasi Hady menerusi lagu Hanyalah Satu (Nora Ariffin) serta medley Dirgahayu (Faizal Tahir & Siti Nurhaliza) dan Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded).

Dengan kemenangan ketiga-tiga finalis tersebut, mereka layak membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, manakala RM20,000 untuk Eva Maria, Nura dan Hady selaku naib juara kategori masing-masing.

Persembahan para finalis 3 Juara diadili oleh enam juri profesional iaitu Datuk Awie, Datuk Rossa, Noraniza Idris, Edrie Hashim, Ajai dan Pak Ngah.

Dalam pada itu, Pentas Epik 3 Juara yang akan berlangsung 15 Januari ini bakal menyaksikan ketiga-tiga juara bersaing sesama mereka untuk merebut gelaran juara keseluruhan termasuk wang tunai RM100,000. Semakan Keputusan 3 Juara TV3

Program 3 juara dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.- UTUSAN ONLINE

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih