Semakan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Semakan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India – Skuad hoki pembangunan negara memulakan aksi dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 dengan longlai apabila tewas besar 7-2 kepada Belanda meskipun cuba bangkit pada lewat perlawanan.

keputusan hoki piala dunia remaja

Cuaca sejuk dan berkabus serta jadual perlawanan yang berubah menjadi petanda kurang baik buat skuad hoki pembangunan negara apabila menjadi mangsa belasahan Belanda di Lucknow, India. Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja

Turun sebagai pasukan jemputan menggantikan Pakistan, Malaysia tidak bermaya ketika berdepan Belanda yang mempamerkan aksi terpuji. Gawang skuad negara bocor pada minit ke-19 menerusi Thijs Van Dam.

10 minit selepas itu, Thierry Brinkman menjadikan kedudukan 2-0 sebelum Bram Van Groesen menambah gol ketiga, empat minit selepas itu menerusi pukulan sudut penalti.

Malaysia terus lesu pada babak kedua apabila Belanda menambah tiga lagi gol dalam tempoh 14 minit, kesemuanya menerusi gol padang untuk mendahului 6-0.

Muhammad Zaidi memecah kebuntuan buat Malaysia apabila berjaya menewaskan penjaga gol Belanda, Maurits Visser, pada minit ke-59, namun Belanda membalasnya dengan gol ketujuh, sekali lagi menerusi Van Groesen, hanya empat minit selepas itu.

Amirul Arshad menghidupkan sisa-sisa perjuangan Malaysia dengan gol kedua negara pada minit ke-65, namun tidak mampu menutup jurang luas dengan Belanda untuk tewas 7-2.

Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Skuad remaja Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan B bersama 2 jaguh Eropah iaitu Belanda dan Belgium. Pasukan dari benua Afrika iaitu Mesir melengkapkan senarai pasukan. 16 pasukan beraksi dalam 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. Pasukan akan beraksi di Stadium Major Dhyan Chand, Lucknow. Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja

Berikut adalah senarai pasukan yang layak beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Remaja 2016.

Kumpulan A

Australia
Argentina
Austria
Korea Selatan

Kumpulan B

Belanda
Belgium
Malaysia
Mesir

Kumpulan C

Jerman
Sepanyol
New Zealand
Jepun

Kumpulan D

India
England
Afrika Selatan
Kanada

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih