Semakan Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA 2017

Semakan Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA 2017. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa jika anda mempunyai impian untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang kejururawatan, farmasi, radiografi, teknologi perubatan mahupun pergigian. Anda dipelawa merebut peluang bagi mengikuti program latihan separa perubatan SPA 2017 bertaraf diploma dan sijil di institusi-institusi latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakan Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

semakan permohonan latihan separa perubatan

Semakan permohonan latihan separa perubatan:

Kita lihat apakah program ditawarkan, kelayakan, insentif serta cara membuat permohonan Latihan Separa Perubatan SPA 2017.

PROGRAM LATIHAN Separa Perubatan SPA 2017 BERTARAF DIPLOMA

A. Program Separa Latihan

  1. Juru X-Ray Pelatih
  2. Jururawat Pelatih
  3. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Pelatih
  4. Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
  5. Pembantu Farmasi Pelatih
  6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
  7. Pembantu Perubatan Pelatih
  8. Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
  9. Juruteknologi Pergigian Pelatih
  10. Jururawat Pergigian Pelatih (Perempuan sahaja)

B. Syarat Kemasukan

  • Program pengajian 3 tahun
  • Dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kelayakan – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM.
  • Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

PROGRAM LATIHAN Separa Perubatan SPA 2017 BERTARAF SIJIL

A. Program Separa Latihan

  1. Pembantu Pembedahan Pergigian Terlatih
  2. Pembantu Kesihatan Awam Pelatih (Lelaki sahaja)
  3. Jururawat Masyarakat Pelatih (Perempuan Sahaja)

B.1.1 Syarat Kemasukan (no. 1 & 2) :

Kelayakan – Penilaian Menengah Rendah (PT3) serta Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat PT3 (Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).

B1.2 Syarat kemasukan (no. 3) :
Kelayakan – Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM (Keutamaan kepada calon yang mendapat Kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).

CARA MEMOHON

  • Permohonan adalah secara online (Borang SPA8i) di laman www.spa.gov.my
  • Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
  • Maklumat lanjut berkenaan deskripsi tugas, syarat-syarat lantikan dan status permohonan lengkap yang didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman web www.spa.gov.my


INSENTIF & KERJAYA

  • RM 621.21 – Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Diploma)
  • RM 517.15 – Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Sijil)
  • RM 250.00 – Elaun Buku (Setiap tahun)
  • RM 25.00 – Elaun Alat Perkakas (Sekali sahaja)
  • RM 90.00 – Elaun Kertas Projek (Setiap tahun)
  • Penginapan, pakaian seragam dan kasut disediakan.
  • Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan berkaitan untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.


MAKLUMAN LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Unit Separa Perubatan Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6254 / 6264 / 6296.

Semakan permohonan latihan separa perubatan. Sesi kemasukan latihan adalah pada Januari dan Julai setiap tahun. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga dan ujian khas.

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih