Semakan SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2016

Semakan SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2016 merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk kemudahan ibubapa menyemak keputusan peperiksaan pelajar di sekolah secara online. SAPS merupakan singkatan dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Semakan SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar samada keputusan Ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan akhir tahun secara online. Ianya amat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi pencapaian akademik anak masing-masing.

Semakan ini hanya disediakan bagi darjah satu hingga darjah enam bagi sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah semakan SAPS hanya disediakan bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja.

  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
  • SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  • Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

 Semakan SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2016

Sila muat turun Penerangan dan Manual Pengguna Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah/SAPS seperti URL di bawah. Mohon kerjasama SU Peperiksaan sekolah muat turun dan edarkan kepada semua guru untuk elak kesesakan server.

    1. Klik laman INI untuk masuk ke paparan menu utama. Paparan kelihatan sebagaimana di bawah.

Semakan SAPS Ibu Bapa

    1. Masukkan No KP/Sijil Lahir pelajar tanpa tanda “-” ataupun space(dirapatkan)
    2. Pilih samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah dan diikuti dengan memilih tahun persekolahan
    3. Klik Semak Laporan. Anda akan dibawa ke menu seterusnya sebagaimana contoh gambar di bawah

 

  1. Masukkan data-data yang dikehendaki diruangan keputusan peperiksaan iaitu pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak seperti UJIAN 1, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN dan PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.
  2. Klik papar slip keputusan untuk lihat slip keputusan ataupun klik papar markah peperiksaan untuk melihat laporan markah peperiksaan
  3. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader sebelum melakukan cetakan

Semoga dengan adanya Semakan SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2016 secara online ini akan mampu meningkatkan prestasi akademik anak-anak kita.

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...