Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia 2017

Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia 2017Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orangterkaya di Malaysia dalam edisi terbaharu ‘50 OrangTerkaya di Malaysia’ menerusi laporan Forbes. Kuok menyaksikan kekayaannya sebanyak AS$11.14 bilion, meningkat daripada AS$10 bilion sebelumnya tahun sebelumnya. Kuok, 93, berjaya tersenarai sebagai terkaya di Malaysia sejak 12 tahun lalu.

Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia 2017 Orang Melayu Terkaya

Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia 2017

Menurut Forbes, kejayaan empayar Kuok Group adalah seperti minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Tempat kedua adalah pemilik Hong Leong Co, Tan Sri Quek Leng Chan yang berjaya mengatasi kedudukan Tan Sri Ananda Krishnan.

Leng Chan berjaya dengan nilai bersih AS$6.8 bilion, meningkat daripada AS$5.3 bilion tahun lepas.

Ananda jatuh ke tempat ketiga tahun ini kerana kekayaannya merosot 12.2 peratus kepada AS$6.5 bilion tengah-tengah ketidaktentuan sekitar firma telekom India yang mengalami kerugian.

Senarai ini juga turut meletakkan tiga wajah baru yang berjaya diletakkan dalam 50 senarai orang paling kaya di Malaysia.

Tiga usahawan Malaysia yang membuat penyertaan sulung mereka ke dalam senarai adalah Koon Poh Ming dan Poh Keong (ke-13 dengan AS$1.05 bilion), dan Wong Thean Soon (ke-39 dengan AS$330 juta) daripada syarikat perkhidmatan elektronik disenaraikan My EG Services Berhad (MyEG).

Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia 2017

Dalam pada itu, Forbes turut menyenaraikan tujuh usahawan Melayu dalam 50 orang terkaya di Malaysia ini.

Mereka adalah, Syed Mokhtar AlBukhary yang menduduki tempat ke-10 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.8 bilion, diikuti Tan Sri Syed Ibrahim Syed Azman menduduki tempat ke-26 (AS$600 juta), Ahmayuddin Ahmad, tempat ke-27 (AS$570 juta), Tan Sri Azman Hashim, tempat ke-31 (AS$490 juta), Datuk Shahril Shahriman Shamsuddin, tempat ke 32 (AS$474 juta), Tan Sri Mokhzani Mahathir, tempat ke-34 (AS$420 juta) dan Datuk Kamaruddin Meranum, tempat ke-38 (AS$340 juta). – Sinar Harian

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous