Senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di Perak

Senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di PerakMaktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali dengan nama singkatan MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat pada tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi.

Senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di Perak

Perak kini mempunyai 8 buah MRSM yang berdiri megah di bumi Perak. Dari utara hinggalah ke selatan negeri Perak, MRSM ada dibina di pekan-pekan kecil dan terletak jauh dari kawasan bandar. Dengan adanya MRSM di pekan-pekan kecil ini, ianya secara tidak lansung dapat membantu membangunkan ekonomi masyarakat setempat yang mana menjadi tumpuan setelah wujudnya MRSM di kawasan tersebut.

senarai maktab rendah sains mara

  1. MRSM Taiping dibuka pada tahun 1982
  2. MRSM Gerik dibuka pada tahun 1994
  3. MRSM Lenggong dibuka pada tahun 2001
  4. MRSM Pasir Salak dibuka pada tahun 2003
  5. MRSM Felda (Trolak) dibuka pada tahun 2008
  6. MRSM Pengkalan Hulu dibuka pada tahun 2008
  7. MRSM Parit dibuka pada tahun 2012
  8. MRSM Kuala Kangsar dibuka pada tahun 2015
  9. MRSM Bagan Datuk akan datang

Senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di Perak

Dari 52 buah MRSM yang ada di Malaysia, 8 daripadanya adalah jumlah Maktab Rendah Sains Mara yang sudah beroperasi di serata Negeri Perak dan 1 lagi MRSM yang bakal dibuka di Bagan Datuk mungkin tidak lama lagi. Mungkin ada dikalangan pembaca disini yang pernah belajar di salah satu MRSM yang disenaraikan diatas, apa kata anda kongsikan pengalaman anda semasa belajar di Maktab tersebut. – orangperak.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih