Live Streaming TV Sinopsis Encik Suami Mat Salih Celup Drama TV3

Live Streaming TV Sinopsis Encik Suami Mat Salih Celup Drama TV3 – Drama Encik Suami Mat Salih Celup yang bakal ditayang di TV3 tidak lama lagi, drama ini dilakonkan oleh barisan pelakon terkenal tanah air antaranya Daler Yusof, Nelydia Senrose, Zila Bakarin, Zalfa Zin, Nadiyah Shahab dan Boy Iman dan ramai lagi. Drama Encik Suami Mat Salih Celup telah diarahkan oleh pengarah terkenal masakini iaitu Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures.

Jom ikuti review dan perjalan cerita sinopsis Encik Suami Mat Salih Celup. Kisah diantara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan diantara Iman dan tunangnya Naim diputuskan walahal  pernikahan mereka hanya beberapa minggu sahaja. Menurut Naim , Iman tidak cukup memahami dirinya seperti Dora lakukan untuknya. Naim mengambil keputusan untuk kembali bersama Dora.  Iman yang pasrah dengan ketentuan ilahi akhirnya menerima cadangkan mamanya untuk menerima anak rakan mamanya supaya keluarganya tidak menanggung perasaan malu yang menggunung akibat dari pertunangannya yang putus.

Live Streaming TV Sinopsis Encik Suami Mat Salih Celup Drama TV3

Live Streaming TV Sinopsis Encik Suami Mat Salih Celup Drama TV3

Pertemuan pertama agak janggal pada Iman . Apabila seorang pemuda memperkenalkan diri beliau iaitu anak kepada rakan mama Iman langsung meninggalkan pemuda tersebut di dalam butik mamanya akibat terlalu terkejut. Setelah menerangkan kejadian yang menimpa keluarga Iman dan dirinya sendiri, Ian akhirnya bersetuju untuk menggantikan pengantin lelaki sebagaimana cadangan uminya. Setelah ijab kabul diantara Ian dan Iman termeterai, Umi mentua Iman meminta Iman ‘memelayukan’ Ian yang selama ini membesar di luar negara.

[BACA: Aman Graseka : Watak Pak Samad Drama 7 Hari Mencintaimu]

Fasa pertama perkahwinan Iman cuba menerima kehadiran Ian . Cuba mengenali Ian banyak perkara yang lucu diantara mereka. Kehadiran Iman juga memulihkan perhubungan antara Umi dan Ian sendiri. Ian sebenarnya berdendam dengan Umi kerana terpaksa membesar di luar negara bersama nenek di luar negara yang begitu asing buat Ian ketika itu. Ketika itu Umi tidak mempunyai pilihan demi menjaga hubungannya dengan ibu mertuanya. Walau berat hati umi meninggalkan Ian tetapi umi terpaksa atas desakan neneknya.

Rumah tangga yang mula berseri mula dilanda ombak apabila bekas tunang (Naim), Iman muncul semula dan mahukan Iman kembali. Walaupun ditepis dan ditolak akhirnya mengundang perselisihan faham. Perkara yang ungkit oleh Ian adalah perempuan yang tidak sedar diri kerana Ian telah menyelamatkan keluarga Iman dari malu. Iman terasa terhina bila Ian mengungkit kisah lama.

[BACA: Sinopsis Drama Hanya Aku TV3]

Dalam hubungan yang tidak berapa baik , kemunculan seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian makin mengeruhkan keadaan. Iman sepakin pasrah bila Ian bersetuju untuk berkahwin dengan Keisha Adriana. Hubungan diantara Ian dan Iman semakin jauh dan asing bila mereka membuat hal sendiri. Dek kerana keputusan yang tidak difikir panjang Iman makan hati dengan tindakannya. Sedar akan keadaan itu, Ian pula menjalankan idea gilanya dengan bantuan orang-orang yang rapat dengan Iman . Iman semakin tertekan bila Ian datang bersama Keisha Adriana untuk membuat persediaan perkahwinan mereka. Sinopsis Encik Suami Mat Salih Celup Drama TV3

Segalanya terbongkar bila Iman meluahkan perasaan pada Nuha sahabatnya. Nuha memainkan peranan untuk mencungkil perasaan Iman pada Ian. Ian yakin Iman mencintai dirinya kerana ego yang menggunung  telah menghalang segalanya. Akhirnya Iman akur rasa cintanya pada Ian dan berjaya merapatkan kembali hubungan mereka berdua.

Live Streaming TV Sinopsis Encik Suami Mat Salih Celup Drama TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi romantik
Pengarah : Hashim Rejab
Idea Asal : Novel Encik Suami Mat Salih Celup karya Yumi Hyra
Pelakon : Daler Yusof, Nelydia Senrose, Zila Bakarin, Zalfa Zin, Nadiyah Shahab dan Boy Iman.
Tarikh Tayangan : April 2017
Saluran : Slot Dahlia TV3 [Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad]

[BACA: Siapa Sebenarnya Buntat Pelakon 7 Hari Mencintaiku]

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih