Sony Xperia Z5 Dan Z5 Premium Mula Update Software Android Nougat

Sony Xperia Z5 Dan Z5 Premium Mula Update Software Android Nougat – Sehingga awal bulan ini peratusan penggunaan Android Nougat masih belum mencecah 1%. Jumlah ini mungkin akan bertambah menjelang Februari kerana semakin ramai pengeluar mula memberikan kemas kini. Sony akhirnya memberikan kemas kini kepada peranti Xperia Z5 dan Z5 Premium.

Sony Xperia Z5 Dan Z5 Premium Mula Update Software Android Nougat

Sony Xperia Z5 Dan Z5 Premium Mula Update Software Android Nougat

Saiz muat turun OTA ialah 1.288 Gigabyte. Dengan kemas kini ini kedua-dua peranti kini mempunyai sokongan multi-window yang melancarkan dua aplikasi serentak. Sony juga menjanjikan penambahbaikan ketahanan bateri selepas kemas kini. Tiada maklumat bilakah Xperia Z5 Compact akan menerima kemas kini. Selain Z5 Compact, Xperia Z3 dan Xperia Z4 Tablet juga masih menantikan kemas kini Nougat yang telah dijanjikan sejak September. – amanz.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih