Soto Ayam Resepi Chef Wan

Resepi Soto Ayam IstimewaResepi soto memang cukup istimewa dan sedap untuk dijamu pada tetamu yang datang ke rumah anda. Resepi masakan soto ini bukan sahaja sangat sinonim dari kalangan rakyat Indonesia tetapi menjadi menu kegemaran juga rakyat Malaysia. Resepi masakan ini taklah susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ada juga sesetengahnya lebih suka menggunakan ayam pencen untuk penyediaan resepi ini. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan.

soto ayam

Soto Ayam Resepi Chef Wan

SOTO AYAM ISTIMEWA

Bahan-bahan Kuah Soto Ayam :

  • 3 sudu ketumbar
  • 1 sudu jintan mains
  •  1 sudu jintan putih
  • 2 biji buah keras
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 10 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawnag putih
    * kesemua bahan ini di KISAR HALUS.
  • Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun limau purut dan sedikit bunga cengkih.

Cara Menyediakan:
1. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Kemudian masuk bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumiskan hingga garing.
3. Masukkan pula air rebusan ayam.
4. Masak sehingga mendidih.

Cadangan Hidangan :

  • Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun atau mi.
  • Lebih menarik selera jika dihidangkan beseta sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, begedil ayam dan ayam yang disiat kecil. (ayam rebusan tadi)

Bahan Begedil Kentang :

  • 1 kg kentang (digoreng dan ditumbuk)
  • 100 gm daging (direbus)
  • Sedikit daun sup
  • Bawang goreng
  • Serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :
1. Daging yang sudah direbus tadi dicincang halus.
2. Gaulkan semua bahan tadi.
3. Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.
4. Pukul 1 biji telur.
5. Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur
6. Goreng hingga garing.

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih