Status Halal Biskut Iced Gem, Ini Jawapan Dari JAKIM

Status Halal Biskut Iced Gem, Ini Jawapan Dari JAKIM – Seorang individu bernama Lim Popo mendedahkan bahawa biskut (gambar) ┬átidak halalkerana dibuat dari unsur-unsur yang tidak halal.

Status Halal Biskut Iced Gem

Bagaimanapun, Bahagian Hab Halal JAKIM hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu setelah ia tersebar meluas di media sosial.

“Berdasarkan semakan pihak kami, biskut jenis ini didaftarkan dengan nama Iced Gem dan dikilangkan/dikeluarkan oleh beberapa syarikat yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan HalalMalaysia.

Status Halal Biskut Iced Gem, Ini Jawapan Dari JAKIM

“Kebanyakan pemborong akan menjualnya kembali dalam bentuk timbang/sukat dan paket-paket yang kecil (pembungkusan semula) dan ada di antaranya yang belum memohon pensijilan halal.

“Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Sijil/Logo Pengesahan HalalMalaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM,” kata kenyataan itu, hari ini. – The Reporter

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih