Surat Rasmi Mohon Bonggol Jalanraya

Surat Rasmi Mohon Bonggol Jalanraya – Andai anda ingin memohon bonggol jalanraya sama ada di jalan taman perumahan, kampung atau jalan bandar atau negeri yang dibawah pengurusan Majlis Daerah atau Perbandaran, ianya mestilah dipohon secara rasmi sama ada secara individu, berkumpulan atau melalui persatuan. Sebaik-baiknya permohonan atas nama persatuan atau pertubuhan akan lebih mendapat perhatian berikutan ianya pungutan suara ramai.

Surat Rasmi Mohon Bonggol Jalanraya

Selain itu, sekiranya Majlis Daerah atau Perbandaran tersebut mempunyai postal aduan secara online, pastikan anda turut lakukan permohonan melalui cara online ini.

Surat Rasmi Mohon Bonggol Jalanraya

Berikut adalah contoh surat rasmi untuk memohon bonggol jalanraya yang boleh dijadikan rujukan asas untuk mengolah atau mengarang sebuah surat permohonan rasmi.

Susun atur format dan isi kandungan surat adalah paling penting. Selebihnya…anda hanya perlu mengubah sebab dan penerimanya sahaja.

Surat Rasmi Mohon  Bonggol Jalanraya

Tarikh : 21/05/2016

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN RAMBAI
485X-1P-SEL)
NO 21, JALAN MANGGIS 3,
TAMAN RAMBAI
44XXX KUALA KUBU BHARU,
SELANGOR
_______________________________________

Jabatan Pembangunan Penyelenggaraan
Majlis Daerah Hulu Selangor,
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan
                                                     
Tuan,

PEMOHONAN BONGGOL JALAN
   
Dengan segala hormatnya AJK Persatuan Penduduk Taman Rambai, Selangor ingin memohon kepada pihak tuan untuk membina bonggol jalan di jalan-jalan berikut:

  1. Jalan Manggis 2, Taman Rambai – kuantiti 2 unit
  2. Jalan dihadapan pintu pagar utama Sekolah Agama – kuantiti 2 unit

#2. Pembinaan bonggol ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk dan pelajar-pelajar sekolah agama. Ia berikutan laluan dihadapan Sekolah Agama yang bersambung terus dengan Jalan Manggis 2 merupakan laluan yang sibuk kerana ianya menjadi laluan pintas dari jalan utama untuk ke Pekan Kuala Kubu Bharu dan sebaliknya.

#3. Laluan ini menjadi bertambah sibuk apabila tiba waktu masuk dan tamat persekolahan. Dengan adanya bonggol-bonggol ini maka kenderaan akan bergerak perlahan  lalu dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

#4. Kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat mempertimbangkan permohonan ini.  Keselamatan adalah keutamaan kami. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

#5.  Bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.



Yang benar,

……………………………………………….
Sufian Bin Ramli
Pengerusi  Persatuan Penduduk Taman Rambai, Selangor                                        
Tel. No : 017-xxxxxxx

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous