Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2017 Dilonggarkan

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2017 Dilonggarkan. Majlis Amanah Rakyat (Mara) melonggarkan syarat kemasukan ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun hadapan dengan menetapkan keputusan sekurang-kurangnya 3A, 3B bagi calon Semenanjung dan minimum 3A, 2B, 1C bagi calon di Sabah dan Sarawak

Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat kemasukan baharu itu dibuat selaras dengan pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2017 Dilonggarkan

“Walaupun syarat ini dilonggarkan, kita masih memberi ke­utamaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar serta calon-calon yang bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, ke­utamaan diberikan kepada golo­ngan tersebut sebagai salah satu usaha pihaknya untuk membasmi kemiskinan di samping memacu usaha membandarkan luar bandar.

Katanya, langkah itu juga selaras dengan matlamat penubuhan MRSM yang bukan sekadar menyediakan peluang pendidikan tetapi merupakan agen perubahan sosio ekonomi penduduk luar bandar melalui pendidikan berkualiti.

Selain itu pemohon juga perlu mematuhi syarat kelayakan berikut :-

A. Semenanjung Malaysia

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia

Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :

  • i. Bumiputera tahun enam.
  • ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  • Hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan. OSA akan diadakan sehingga 9 Disember 2016. Klik untuk menjawab : OSA
  • Pelajar akan  menduduki Ujian  Kecenderungan Kemasukan ke MRSM  (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 5 hingga 8 Disember 2016 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia
syarat masuk mrsm semenanjung

B. Pemohon Sabah & Sarawak

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia

Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak:

  1. Bumiputera tahun enam.
  2. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan Sains dan tiada gred C, D dan E).
  4. Hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pelajar  akan  menduduki  Ujian  Kecenderungan  Kemasukan  ke  MRSM  (UKKM)  Tingkatan 1  pada  tarikh  antara 5 hingga 8 Disember 2016 yang akan diadakan di MRSM Tun Mustapha dan MRSM Kuching.
  6. Pemohon  yang  memilih  MRSM Mukah,  MRSM  Betong, MRSM  Kota  Kinabalu dan  MRSM Tun  Mohammad  Fuad Stephens tidak perlu menduduki UKKM. Kemasukan MRSM Tingkatan 1

 

syarat masuk mrsm sabah dan sarawak

Sumber : Syarat & Iklan Kemasukan

Nota : Perhatian, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Semoga panduan Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 yang dilonggarkan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar untuk membuat permohonan. Selamat memohon dan diucapkan selamat berjaya.

Sumber: Utusan/panduanmalaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih