Takaful Ikhlas Malaysia Profil

Takaful Ikhlas Malaysia Profil – Merupakan sebuah syarikat pengendali takaful yang mana operasi perniagaan kami adalah berlandaskan prinsip Syariah. Kami mengguna – pakai kontrak Tabarru’, di mana peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana risiko untuk membantu peserta lain. Model Wakalah membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta digunakan bagi tujuan pelaburan di mana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum, la juga menyediakan peruntukan yang lebih kerap bagi pendapatan pelaburan dan lebihan kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula dengan segera bagi pendapatan pelaburan dan lebihan mampu menghasilkan Jumlah pulangan yang lebih baik kepada para peserta.

Diperbadankan pada tahun 1972, MNRB Holdings Berhad (MNRB) merupakan sebuahsyarikat pegangan pelaburan yang mempunyai anak-anak syarikat terlibat dalam perniagaanreinsurans dan retakaful. MNRB yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad telah mencatat perolehan sebanyak RM978.6 juta pada tahun kewanganberakhir 31 Mac 2008.

Dana pemegang saham MNRB telah meningkat kepada RM893.9 juta pada tempoh yangsama dengan jumlah aset bernilai lebih RM2.6 bilion. Permodalan Nasional Berhad (PNB)dan Skim Amanah Saham Bumiputra di bawah naungan PNB merupakan pemegang sahamterbesar MNRB

Takaful Ikhlas Malaysia Profil 

takaful ikhlas

Di Takaful IKHLAS, kami mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kamikomited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan kami. Oleh itu, semuahal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariahyang diktiraf dan profesional.

VISI

Takaful IKHLAS adalah penyedia Takaful pilihan yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Islam.

MISI

Kami menyediakan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah yang berintegriti.

Nilai Teras (IQRA)

  • Nilai IKHLAS (Fatanah, Amanah, Siddiq, Tabligh)

Standard etika dan moral tertinggi memerlukan kami menjadi ikhlas dan jujur dalam urusan kami. Ini bermakna menjadi telusdan mengambil tanggungjawab. Ia bererti mengotakan apa yang kami kata dan memenuhi tanggungjawab kami.

  1. Kualiti (Warga, Sistem, Strategi, Jualan)

Kawalan kualiti menyeluruh bagi produk dan perkhidmatan kami selain pengurusan kualiti total memastikan kami memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

  1. Dipacu Hasil (Jiwa dan Semangat)

Kami cuba untuk melampaui jangkaan pelanggan, bukan sekadar memenuhi standard ataupun sasaran.

  1. Sikap (Penetapan Minda yang Betul)

Kami mengekalkan penetapan minda yang betul bagi mencapai kejayaan dalam memberikan penyelesaian kewangan Islambernilai tambah kepada para pelanggan kami.

KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsepini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu dikalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yangmemerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama

  • Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuatdosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab

  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanyaditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi

  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungijirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Manfaat yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd

~  Manfaat Harta Pusaka

Manfaat Pelaburan berlandaskan syara

Manfaat Kad Bantuan Perubatan Eksklusif

Manfaat Hilang Upaya Kekal

Manfaat Kemalangan Diri

Manfaat Penyakit Kritikal

Manfaat Elaun Harian Wad Hospital

Manfaat Saraan Tahunan

Manfaat Dana Pendidikan

Manfaat Dana Pengurusan Jenazah

Manfaat Pengecualian Sumbangan

Manfaat Musibah Pembayar

Perancangan Hibah Manfaat

Perancangan Badal Haji

Perlindungan Takaful Perniagaan

Perlindungan Takaful Kenderaan & Bangunan

~  Takaful Tanggungan AwamPampasan Pekerja

TakafulIKHLAS sebagai sebuah pengendali takaful yang dibarisi oleh barisan PENGARAH 100% BUMIPUTERA MUSLIM, serta diawasi oleh barisan PANEL PEMATUHAN SYARIAH yang berkaliber amat mengambil berat tentang hal perwarisan dalam memberikan manfaat kematian yang disediakan.

Bagi memenuhi misinya untuk menyediakan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah yang berintegriti, TakafulIKHLAS telah menawarkan dua khidmat tambahan yang berkaitan dengan perancangan pusaka iaitu BORANG CADANGAN HIBAH dan PERANCANGAN BADAL HAJI.

Khidmat TAKAFUL IKHLAS dalam Perancangan Harta Pusaka Islam

1. Mencipta Harta Pusaka

TAKAFULIKHLAS menyediakan perkhidmatan menguruskan DANA TABARRU’ sebagai suatu tabung khairat bagi manfaat kematian peserta untuk digunakan oleh penama (Wasi) dalam pengurusan pusaka peserta dan seterusnya dibahagikan sesama waris mengikut hukum faraid untuk meneruskan kehidupan.

Kelebihan manfaat penciptaan harta pusaka ialah:
i. Menyediakan harta pusaka dalam bentuk tunai kepada waris.
ii. Harta tidak dibekukan seperti simpanan di bank kerana penama sudah dilantik.
iii. Dapat mengelakkan harta tak alih seperti tanah dan rumah dari terjual (dilupuskan untuk mendapat tunai).

2. Borang Penamaan HIBAH Bersyarat

TAKAFUL IKHLAS menyediakan BORANG CADANGAN HIBAH di mana peserta mencadangkan Pemegang Amanah (Pengurusan TAP) untuk menyerahkan HAK manfaat kematian peserta kepada benefisiari-benefisiari tertentu mengikut peratusan yang ditetapkan, selepas kematian peserta.

“Manfaat Takaful BOLEH dihibahkan kerana tujuan takaful adalah memberi perlindungan kepada peserta. Memandangkan manfaat takaful adalah HAK peserta, peserta sepatutnya diberi kebebasan untuk menggunakan hak mengikut pilihannya selagi ianya tidak bercanggah dengan Syara”.
(Keputusan Majlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful kali ke-34 pada 21 April 2003)

Kebanyakan peserta bahkan wakil syarikat takaful dan insurans, tidak menitikberatkan hukum faraid pada penama yang dinamakan di dalam borang penama.

Allah amat menitikberatkan hak waris & anak yatim sepertimana beberapa firman-Nya di dalam Al-Quran (contoh: rujuk Surah An-Nisa’ : Ayat 2, 10, 11 & 12)

Borang cadangan hibah adalah perkhidmatan yang disediakan untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan terhadap waris akibat kurangnya pengetahuan tentang ilmu faraid.

Namun begitu Takaful Ikhlas menetapkan beberapa syarat untuk menghibahkan manfaat kematiannya kepada waris.

Kelebihan Borang Penamaan Hibah Bersyarat:

i. Sebahagian besar atau kesemua HAK mendapat wang pampasan boleh diserahkan terus kepada penanggung keluarga selepas peserta meninggal dunia.
ii. Tidak tertakluk kepada hukum faraid.
iii. Dapat mengurangkan risiko waris berdosa mengambil hak waris yang lain.

3. Perancangan Badal Haji

TAKAFUL IKHLAS turut menyediakan khidmat BADAL HAJI sekiranya peserta meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah tersebut, sepanjang polisi masih berkuatkuasa.

Kelebihan Perancangan Badal Haji:

i. Waris tidak perlu bersusah payah mencari dana dan perkhidmatan mengerjakan badal haji.
ii. Waris boleh terus menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian.
iii. Dapat mengelakkan dari waris terlupa menunaikan urusan (hutang) si mati dengan Allah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih