Tanda Kanser Darah Dan Punca-Puncanya..

Tanda Kanser Darah Dan Punca-Puncanya..

  • Sejenis penyakit kanser darah di mana sum-sum tulang tidak dapat berfungsi lagi sebagai pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (Platelet darah)
  • Ini menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang dihasilkan dalam tubuh
  • Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini mengakibatkan seseorang itu menjadi pucat ( Anemia), pendarahan dan jangkitan yang berselang seli. Tanda Kanser Darah

Tanda Kanser Darah

Jenis-jenis Kanser Darah (leukimia):

  1. Akut
  • Acute lymfoblastik leukimia (ALL) (umur < 15 tahun)
  • Acute myloid leukimia (AML) (umur > 45 tahun)
     2. Kronik
  • Chronic lymfisitik leukimia (CLL) (umur 35 – 60 tahun)
  • Chronic myloid leukimia (CML) (umur > 60 tahun)

Punca Kanser Darah

  1. Bahan-bahan kimia seperti benzene dan derivatives yang memusnahkan sel sum-sum tulang (benzene tu macam ada je dalam kosmetik..cuba korang check nak pastikan..aku kat office tak boleh nak check)
  2. Penggunaan bahan sitotoksik dan agen supersif

Simptom Kanser Darah

  1. Leukimia akutberlaku dalam tempoh waktu yang singkat dan pesakit biasanya tidak sihat. Boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. Antara simptom:-
  • Pucat
  • Rasa Letih
  • Hilang selera makan
  • Pendarahan mulut,kulit dan gusi
  • Demam panas
  • Pembengkakan kalenjar leher
    2. Leukimia kronikSihat pada peringkat awal dan pesakit boleh bertahan dalam anggaran 3-5 tahun   walaupun tanpa rawatan
  • Pembengkakan pada kelenjar limfa
  • Pembesaran limfa
  • Sakit tulang

Komplikasi

Tanda Kanser Darah Korang kalau ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan baik pegi jumpa doktor buat medical check up cepat-cepat. Tapi semua ajal maut tu di tangan tuhan. Macam kisah jiran aku. Anak dia mengidap leukimia ni masa umur die dalam 5,6 tahun. lebih kurang camtu la..tiap-tiap minggu berulang alik ke hospital buat kemoterapi sampai kulit berubah jadi gelap, rambut gugur.. Masa tu parents budak tu dah memang give up..kira dah berserah kat tuhan. Family diorang pun orang susah..belanja rawatan semua tak payah nak citer la..Masa tu jugak apa-apa je permintaan budak tu mak dia tunaikan. Tapi kuasa tuhan kan.. Alhamdulillah sekarang dia dah sembuh dan membesar menjadi seorang perempuan yang sihat dan cantik.

Tanda Kanser Darah

1. Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selsema lain.

2. Kelesuan dan lemah.

3. Hilang selera makan.

4. Turun berat badan.

5. Gusi bengkak dan berdarah.

6. Pendarahan berlebihan ( walaupun akibat luka kecil ).

7. Hati dan limpa bengkak.

8. Mudah lebam.

9. Kerap dijangkiti penyakit.

10. Sakit tulang.

11. Sakit sendi.

12. Tonsil bengkak.

13. Kerap pengsan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih