Tekken 7 Akan Hadir 2 Jun Hadapan

Tekken 7 Akan Hadir 2 Jun Hadapan – Maharaja Pertandingan Tinju Besi! Siri Tekken yang popular di arked akan hadir semula ke konsol serta PC pada 2 Jun ini. Pengumuman tarikh pelancaran permainan ini dilakukan menerusi laman PlayStation Blog. Tekken 7 akan menyelesaikan konflik di antara Heishashi dan Kazuya Mishima yang sudah berlarutan lebih dua puluh tahun.

Set edisi khas turut diumumkan dengan dua figura Heihashi dan Kazuya sedang bertelagah. Pra-pesan sudah dibuka dan kepada yang melakukannya akan menerima watak khas Eliza yang sebelum ini muncul di dalam Tekken Evolution. Bagi pengguna PC, spesifikasi minimum dan disarankan akhirnya diketahui seperti tercatit di bawah.

tekken 7

Spesifikasi Tekken 7

Pemproses Paling Minimum Intel Core i3-4160 (Haswell, 3.6 GHz)
Pemproses Disarankan Intel Core i5-4690 (Haswell, 3.5 GHz)
Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTX 660 atau
Nvidia GeForce GTX 750 Ti

Kad Grafik Disarankan Nvidia GeForce GTX 1060
RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 60 Gigabyte
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih