Telegram Dijangka Bakal Tambah Sokongan Panggilan Audio

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan alternatif untuk WhatsApp, dan sering hadir dengan sejumlah fungsi baru yang menarik dan inovatif – lebih pantas daripada WhatsApp. Namun, salah satu ciri yang masih tidak terdapat pada Telegramadalah sokongan panggilan suara.

Terkini, menjawab pertanyaan pengguna di Twitter, CEO Telegram memberikan petanda mereka bakal turut menambah fungsi panggilan audio tidak lama lagi. Disamping fungsi panggilan, mereka juga dilihat akan memperkenalkan sokongan tema – salah satu perkara yang telah ditawarkan untuk pengguna TelegramDesktop.

telegram

Telegram Dijangka Bakal Tambah Sokongan Panggilan Audio

WhatsApp dan Facebook Messenger sedia menambah fungsi panggilan audio pada perkhidmatan mereka, dan begitu juga sejumlah aplikasi yang lain. Penambahan fungsi panggilan audio pada perkhidmatan Telegramsemestinya diminati ramai pengguna – apatah lagi ramai yang menggunakan Telegramsebagai aplikasi permesejan utama mereka.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah pihak Telegram akan menambahnya. Mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan pada 2017 ini.

Bagi anda, adakah anda akan menggunakan fungsi panggilan video melalui perkhidmatan permesejan atau lebih selesa menggunakan fungsi telefoni biasa?

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih