Tonton Drama Suamiku Paling Sweet TV3

Drama Suamiku Paling Sweet TV3

Tonton Drama Suamiku Paling Sweet TV3 – Terbaru di TV3 drama Suamiku PalingSweet akan memulakan siarannya pada Isnin minggu depan 13 Feb. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Zul Huzaimy. Bersiaran 28 episod drama ini juga merupakan adaptasi dari novel terlaris nukilan Anjell.

Para Pelakon Drama Suamiku Paling Sweet TV3

Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Lia Natalia

 

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14
Episod 15 Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21
Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28

 

Sinopsis Tonton Drama Suamiku Paling Sweet TV3

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah).

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey.

Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin.

Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin.

Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

Nantikan drama Suamiku Paling Sweet setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang bermula 13 Februari ini di Slot Akasia TV3, saluran 103.

Credit to www.kbergetar.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous