Video Kemalangan Yang Dahsyat Ini Akan Ingatkan Anda Sentiasa Memakai Tali Pinggang Keledar

Video Kemalangan Yang Dahsyat Ini Akan Ingatkan Anda Sentiasa Memakai Tali Pinggang Keledar – Video yang disiarkan di YouTube pada 2 tahun yang lalu sekali lagi tular di internet. Pengguna dalam talian berkongsi rakaman yang membuktikan pemakaian tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika anda mempunyai tabiat memandu kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar, ini adalah masa yang sesuai untuk anda fikir tentangnya. Tali pinggang keledar, topi keledar dan beg udara seperti yang kita tahu, berupaya menyelamatkan nyawa anda jika berlaku kemalangan.

Video Kemalangan Yang Dahsyat Ini Akan Ingatkan Anda Sentiasa Memakai Tali Pinggang Keledar

Video di YouTube yang berdurasi 56 saat ini menunjukkan rakaman ‘dash cam’ sebuah kereta memandu di jalan dua hala. Di tengah klip video, kereta merah dan hitam yang berada di hadapan kereta yang memasang kamera ‘dash cam’ ini mengalami kemalangan bertembung antara satu sama lain.

Rakaman pendek ‘dash cam’ yang dirakam pada dua tahun yang lalu

Video Kemalangan Yang Dahsyat Ini Akan Ingatkan Anda Sentiasa Memakai Tali Pinggang Keledar

Kereta merah dan hitam tersebut dilihat bertembung kemudiannya berputar di seberang jalan.

Seorang perempuan iaitu pemandu kereta merah itu terpelanting ke udara.

Kedua-dua kereta dan pemandu bersepai di tepi jalan. Kita juga dapat lihat badan perempuan itu yang kaku. Di penghujung rakaman, pemandu kereta yang memasang ‘dash cam’ ini memperlahankan kenderaan ke tepi jalan, dan berhenti betul-betul di hadapan perempuan yang cedera itu.

Tonton video di sini. Pertimbangan penonton adalah dinasihatkan.


Era Baru

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih