Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditegur Seorang Nenek Di Hospital, Bila Dapat Tahu Rupa-Rupanya…

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditegur Seorang Nenek Di Hospital, Bila Dapat Tahu Rupa-Rupanya…

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditegur Seorang Nenek Di Hospital, Bila Dapat Tahu Rupa-Rupanya… – Pada zaman serba canggih sekarang ini, ramai yang sudah tidak mempercayai perkara mistik dan ghaib yang seakan tidak masuk akal. Namun, ada juga sesetengah orang yang masih mengamalkan pantang larang nenek moyang untuk mengelakkan gangguan.

Di laman facebook Info Ibu Hamil, seorang wanita menceritakan pengalaman seorang nenek yang tiba-tiba mahu memegang kaki bayinya. Nampak macam benda kecil tapi rupa-rupanya.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditegur Seorang Nenek Di Hospital, Bila Dapat Tahu Rupa-Rupanya…

Dia terus nak pegang kaki baby

Selamat petang. Nak share something sikit ni. Pagi tadi pergi KK untuk checkup baby sebulan. Tengah tunggu turn, ada laa sorang ibu ni bawak mak dia agaknya (50 tahun agaknya). Kite duduk kerusi belakang die duduk kerusi depan. Sambil bf baby, dia borak dengan kite. Dia tanya la beranak normal ke czer anak no berapa bagai. Kita jawab macam biase jelaa. Tetiba dia tanya ‘darah ade lagi ke’

Mula dah syak bukan-bukan . Kite jawab, kadang-kadang je ade. Pastu dia terus nak pegang kaki baby. Kite terperanjat terus cakap ‘Jangan pegang kaki anak saya makcik, mak mertua saya tak kasi’ Terus dia tak pegang. Senyum sinis je. Sampai balik die tak bercakap langsung dengan kite. Actually, kalau nak tahu, biase nya orang yang membela ni kalau jumpe baby, tak kira la baby ke budak umur 6tahun sekalipun memang die akan pegang ibu jari kaki anak tu. Lepas dia pegang, anak memang menangis/menjerit. MIL kite berubat orang. No wonder la kalau kite tahu pasal ni.

Cepat-cepat tarik anak tu

So yang kat luar sana, kalau nenek tua ke orang muda ke tetiba nak pegang kaki anak, cepat-cepat tarik anak tu. Yang pregnant jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun sedara mara. Hati orang kita tak tahu. Sebab tu kena hati-hati walau dengan sesiapa pun. Yang nak percaya tu percaya laa tapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, sukati laa ea, tiada paksaan. Hahaha.. Tolong kedekut sikit bab anak ni. Kite hampir nak kena masa anak sulung umur 2 tahun balik kampung. Sebab tu orang mengandung/ada anak yang kecik kena ada minyak zikir. Bawak gi mana-mana.

Sebelum keluar rumah sapu kat kepala, telinga, dada, betis, tengkuk. Kalau orang tu baik tak da masalah kalau die pegang. Kot yang niat tak elok tu insyaallah die takkan berani pegang. Mintak dijauhkan dari anak-anak kita. Amin amin.
edit lagi : Minyak zikir tu boleh buat sndri. Beli apa-apa minyak yang bersih (boleh bawak solat) bacakan surah yassin, 4 qul, ayat kursi, zikir. Sama macam kita air yassin jugak caranya. Kalau pening nak cari minyak ape, pakai je minyak masak. Mil saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut, takde kaitan dengan king coco haha. Boleh cari kat kedai gunting rambut india. Kalau bidan yang ok, diorang buatkan minyak celak.

sumber : Info Ibu Hamil via ohbulan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous