Angkara peragut 2 beradik durjana.. Kak Maria kini koma di ICU lepas di ragut (8 Gambar)

Angkara peragut 2 beradik durjana.. Kak Maria kini koma di ICU lepas di ragut (8 Gambar) – Machang : Kak Maria atau Maria Erianty Zakaria, 40, tidak asing lagi bagi Geng-Geng Ukhwah SMK Machang bath 94 beliau aktif menganjurkan Majlis untuk bekas-bekas pelajar sekolah itu.

Seorang yang sangat disenangi dan amat suka bergambar, tidak disangka semalam adalah detik hitam buat diri nya apabila diragut dua peragut adik beradik durjana.

Kak Maria koma selepas terjatuh motosikal akibat diragut di Kampung Sri Rebana, Machang, 6.30 petang semalam.

Angkara peragut 2 beradik durjana.. Kak Maria kini koma di ICU lepas di ragut (8 Gambar)

Dia yang berasal dari Perumahan Sri Selising, Machang parah di kepala dan patah tangan kiri, kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Dua beradik yang meragutnya berusia 26 tahun dan 14 tahun turut ditahan sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, penduduk kampung yang menyaksikan kejadian mengejar suspek menyebabkan motosikal ditunggang suspek terbabit terbabas.

Katanya, kedua-dua suspek terbabit kemudiannya ditahan penduduk.

“Terdahulu, suspek yang menunggang motosikal SYM mengekori mangsa yang menunggang motosikal sendirian sejauh dua kilometer dari Kampung Sri Rebana menghala ke Kampung Wek.

“Tiba di lokasi, suspek, dengan seorang daripadanya berada di tingkatan dua, meragut beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikal.

“Mangsa terjatuh dan beberapa penduduk kampung yang menyaksikan kejadian terus mengejar suspek dengan motosikal menyebabkan dua beradik itu terbabas sebelum cuba melarikan diri,” katanya ada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, hari ini.

Bagaimanapun, suspek dapat ditahan selepas berlaku pergelutan.

Dzulkifli berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM.

“Kami sedang membuat permohonan reman ke atas suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Kami merampas SYM ditunggang suspek bagi membantu siasatan selain menemui semula beg tangan mangsa,” katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan awal, suspek berusia 26 tahun memiliki rekod jenayah lampau berkaitan curi.

“Kedua-duanya juga positif dadah jenis methamphetamine,” katanya, semoga keluarga kak maria tabah dan sama-sama doa agar kak maria segera sedar dari koma. – www.accidentportal.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih