APA ?! 72 beg berisi duit, barang kemas, 284 kotak beg dirampas

APA ?! 72 beg berisi duit, barang kemas, 284 kotak beg dirampas. KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, sebentar tadi.

APA ?! 72 beg berisi duit, barang kemas, 284 kotak beg dirampas

Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).

“Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” katanya.

Beliau berkata, polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Terdahulu lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih