Ayam Masak Halia Simple Dan Sedap

Ayam Masak Halia Simple Dan Sedap – Kadang kala kita tidak perlu susah payah memasak untuk keluarga. Cukup dengan masakan mudah tetapi istimewa boleh anda sajikan. Hari ini saya nak cuba memasak resepi ayam masak halia paling sedap dan mudah. Sudah banyak kali saya nampak teman masak lauk ni. Fikiran saya mesti di cuba sendiri di rumah kerana memandang cara memasaknya cukup simple.

ayam masak halia simple

Resepi Ayam Masak Halia Simple Dan Sedap

Memang tidak sia-sia jika anda mencuba resepi ayam masak halia simple. Cara buatnya cukup mudah dan ringkas tetapi hasilnya memang terbaik dan sedap. Anda boleh cuba membuatnya terutama untuk yang tidak punya masa lama di dapur. Anda boleh memadankan dengan nasi panas.

Memang sedap. Sebelum anda mencubanya, anda boleh juga membaca entri sebelumnya, resepi ayam masak merah. Jom kita intai resepinya.

Bahan-Bahan Ayam Masak Halia Simple:

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan Resepi Masakan:

  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.

Ayam Masak Halia Simple Dan Sedap

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: