Betul ke Zahid Pesan Jangan Beri Muka Pada Raja Perlis? – Ini Respon Balas Zahid

Betul ke Zahid Pesan Jangan Beri Muka Pada Raja Perlis? – Ini Respon Balas Zahid. Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah mengarahkan wakil rakyat BN memulaukan istiadat angkat sumpah menteri besar Perlis semalam.

Betul ke Zahid Pesan Jangan Beri Muka Pada Raja Perlis? – Ini Respon Balas Zahid

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya.“Kenyataan ini adalah palsu!

“Umno dan BN menghormati institusi diraja seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” kata naib presiden yang menjalankan tugas presiden Umno itu.Berita palsu itu antaranya menyebut “kami bangkit” yang menyebut Zahid kononnya berkata:

“Saya telah pun arahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN Perlis untuk boikot majlis angkat sumpah menteri besar Perlis hari ini.“Kita tidak perlu beri muka atau hormat kepada Raja Perlis.”

“Rapatkan Saf dan terus komited dalam perjuangan walau apa pun dugaan mendatang,” katanya yang dilapor bertemu raja Perlis sebelum lantikan dibuat.

Semalam, kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Azlan Man kerana mahukan Datuk Ismail Kassim, adik pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan dilantik ke jawatan itu.

Menyifatkan Azlan tidak mempunyai sokongan majoriti ADUN dan tidak patuh pada keputusan BN negeri, Shahidan ‘memecat’ menteri besar dan mengisytiharkannya wakil bebas.

Pemulauan majlis itu juga menyebabkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dan menegaskan tidak mahu seorang menteri besar boneka.Ismail menafikan menjadi boneka sesiapa dan mencadangkan pihak lain dilantik selain beliau dan Azlan.

VIDEO DETIK RAJA PERLIS MURKA

sumber: malaysiakini

Korang percayakan zahid ke? Dia kata dia jumpa pak arab derma 2.6 billion, pastu suara dia maki pemuda umno pun  tak mengaku. Jumpa anwar nak mintak nyawa pun tak mengaku. Zahid? Oh pls.

Zahid Hamidi Pernah Jumpa Mahathir Nak Tumbangkan Najib dalam masa 3 bulan. Bila tak dapat sokongan Mahathir, Zahid Hamidi jadi pengampu besar Najib pula. Pendedahan oleh Zahid Mat Arip, Ahli MPT PPBM.

https://www.youtube.com/watch?v=cTUV9M7pE60

SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan ‘derma’ RM2.6 bilion. Pelik Sebab Zahid Hamidi mengaku pernah jumpa Putera Arab yang kononnya PENDERMA RM2.6B

Puteri diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.

Perkara itu didedahkan oleh ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Seri Shukri Abdull dalam sidang media

Zahid Hamidi mengaku, beliau secara peribadi bertemu dengan wakil “keluarga” dari Timur Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Najib.

 

Beliau berkata, mereka memberitahunya sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu,” kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Sri Gading di Parit Raja, Johor hari ini.

“Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma.”

Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah. – TMI

[VIDEO] Sudah lupa RM230 juta, Dr Mahathir pernah soal Zahid Hamidi. Tapi Jawapan Zahid Sangat Mengejutkan!

 

Sebelum PRU 14, pelbagai drama kita dapa tengok, antaranya kenyataan Dr Mahahthir yang membongkar Zahid Hamidi pernah mempunyai RM230 juta!

DR Mahathir Mohamad hari ini terus menyelar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengingatkan mengenai aset RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan ketua Pemuda Umno.

Membalas kenyataan Zahid tentang asal usulnya dari India, Dr Mahathir berkata naib presiden Umno itu juga bukan berketurunan Melayu.

“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai perdana menteri apabila ia dilantik ketua Pemuda Umno.

“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

Dr Mahathir Mohamad turut meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dari mana wang RM230 juta itu diperoleh. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Ogos, 2017.

“Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam posting terbaru di blognya chedet.cc malam ini.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu turut mencabar Zahid untuk menunjukkan kad pengenalan lama yang sepatutnya berada dengannya kerana beliau tidak pernah menyerahkan semula ketika kad pengenalan baharu dikeluarkan.

Pada masa sama, beliau berkata, sistem “anak lelaki” (a/l) dan “anak perempuan” (a/p) dibuat selepas negara merdeka.

Katanya ianya dibuat untuk menggantikan sistem penjajah British, di mana nama sama akan diletakkan nombor yang dianggap menghina.

Katanya, India Muslim tidak pernah menggunakan mana-mana sistem kerana nama mereka kebiasaannya terdapat dua perkataan dan jarang terdapat persamaan.“Nama seperti yang disebut Zahid Hamidi tidak ada.

“Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa pakar akan kesahihan dakwaan Zahid,” katanya.Zahid yang juga menteri dalam Negeri, mendedahkan kad pengenalan lama Dr Mahathir ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya.

Zahid mendakwa kad pengenalan lama Dr Mahathir menunjukkan beliau bukanlah berketurunan Melayu kerana tertulis “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Kenyataan itu menimbulkan pelbagai bantahan termasuk daripada penasihat DAP Lim Kit Siang, dan beberapa laporan polis dibuat terhadap Zahid. – 1 Ogos, 2017.

SUMBER: MKINI / Media2030

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih