Biskut Berkhasiat Untuk Diet Yang Mudah

Cara Membuat Biskut Berkhasiat Untuk Diet. WAKTU rehat di tengah hari di sekolah mungkin dianggap sebagai waktu bermain oleh anak-anak anda. Tetapi, waktu ini merupakan tempoh penting untuk mengambil makanan ringan (biskut berkhasiat) yang berkhasiat bagi memastikan anak anda bertenaga sepanjang hari.

Biskut Berkhasiat

Biskut Berkhasiat Untuk Diet Yang Mudah

Tanpa tenaga yang mencukupi, anak anda mungkin keletihan, sekali gus menempuh hari yang lembab dan tidak bertenaga. Oleh itu, apabila di waktu pagi, masa menjadi sangat berharga, sama seperti merancang makan ringan yang perlu disediakan pada waktu rehat anak anda.

Anda mungkin mempunyai rutin yang perlu dilakukan pada setiap pagi, apatah lagi mahu menguruskan anak-anak ke sekolah. Namun setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan tidak berkompromi dengan makanan yang diambil oleh anak mereka.

Berikut dikongsikan resepi cara membuat biskut yang berkhasiat untuk bekalan anak-anak ke sekolah atau ibu-ibu yang berdiet.

Bahan-Bahan Biskut Berkhasiat:

  • 250 gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 camca teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung berserbuk penaik
  • 3 cawan emping jagung
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 1/2 cawan wheatgerm
  • 3/4 cawan kelapa
  • 3/4 cawan oat
  • 250 gm kismis

Cara Menyediakan Biskut Berkhasiat:

  1. Pukul mentega bersama gula perang. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak, wheatgerm, kelapa, oat, kismis dan emping jagung. Kacau hingga rata.
  3. Cedok secamca adunan dan bulat-bulatkan. Tekan atasnya sedikit.
  4. Susun adunan di dalam dulang pembakar yang dilengser sedikit mentega. Bakar di dalam ketuhar 20 minit pada kepanasan 160 darjah.

Cara Membuat Biskut Berkhasiat Untuk Diet.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih