Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Simple Dan Sedap

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Simple – Tentunya ramai diantara kita yang suka makan aiskrim dan kebanyakkannya lebih gemar membeli dari nak buat sendiri dirumah. Disini admin nak berkongsi cara membuat aiskrim sendiri yang simple dan sedap. Diharap dengan perkongsian ini para pembaca dapat berjimat memandang keadaan sekarang ni kos sara hidup yang semakin meningkat. Berikut ada tiga resepi cara membuat aiskrim sendiri yang simple dan sedap.

Resepi Aiskrim Cream Mint Chocolate Chips Baskin Robbins

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Simple Dan Sedap

Bahan-bahan Cream Mint Chocolate Chips ala Baskin Robbins

  • 4 biji Kuning Telur
  • 1 biji Telur
  • 300gm Gula Castor
  • 50gm Gula Perang
  • 500ml Susu uht ( Ducth Lady / Magnolia / HL )
  • 100gm Pistachio Paste
  • 800gm Whipping Cream ( Anchor Brand )
  • 1 sudu besar Flavor Peppermint
  • 100 gm chocolate chip Kouverture+ dark coklat ( di cincang )
  • Pewarna hijau epal

Cara Menyediakan:

1. Pukul Telur kuning + telur + gula castor sehingga separuh gebu , kemudian masukkan gula perang teruskan pukul sehingga gebu.
2. Dalam pot- panaskan susu coklat + pistachio paste + Flavour Peppermint , pastikan jangan sampai mendidih , cukup sekadar panas – panas suam . Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental .
3. Kemudian masanya untuk mencampurkan susu uht bersama bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam whipping cream yang telah dipukul kental ( sila guna spatula plastik atau wooden ) kaup dan kacau perlahan dan bahan terakhir jangan lupa yea.. masukkan coklat yang telah dicincang kasar , pewarna hijau kacau lagi sehingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam bekas plastik container untuk disejukkan.Simpan dalam freezer sebaiknya 24 jam.

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Simple

______________________________

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Simple Dan Sedap

Bahan-bahan Aiskrim Kacang Merah

270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
1 tin kacang merah dalam tin

Cara Menyediakan:

1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 – 5 jam (sehingga 3/4 beku).
2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 – 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

______________________________________

Cara Buat Aiskrim Tiramisu

Cara Buat Aiskrim Sendiri Yang Simple Dan Sedap

Bahan-bahan Aiskrim Tiramisu

  • 1 bungkus biskut marie perasa coklat
  • 250g cream cheese
  • 1 liter whipping cream
  • gula (ikut citarasa)
  • air bancuhan koko pekat
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara Menyediakan Aiskrim Tiramisu

1. Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang (sehingga menjadi krim)
2. Celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun biskut marie yang dicelup tadi ke dalam bekas.
3. Setelah itu letakkan satu lapisan krim yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses sehingga menjadi tiga lapisan atau lebih.
4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, hias kan dengan taburan koko di atasnya.
5. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk beku.

Selamat mencuba..

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: