Cara Memasak Ayam Tandoori Yang Simple

Cara Memasak Ayam Tandoori Yang Simple – Masakan ayam ini cukup terkenal di kalangan kaum india@pakistan telah menjadi kegemaran masyarakat melayu di Malaysia. Hidangan ini yang cukup sinonim atau tidak lengkap jika di makan bersama roti nan. Disini admin nak berkongsi resepi ayam yang popular menjadi menu utama di restoren india muslim atau kedai mamak.

ayam tandoori

Jom kita lihat bahan-bahan resepi ayam tandoori dan cara-cara menyediakan resepi masakan ayam ini

Bahan-bahan masakan:

  • 1 ekor ayam
  • 60 gm halia (dikisar)
  • 60 gm bawang putih (dikisar)
  • 40 gm cili boh
  • 1 biji lemon
  • 30 gm garam masala
  • 100 gm yoghurt
  • Pewarna oren
  • 40 gm serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Ayam digaulkan dengan halia, bawang putih dan garam.
  2. Kemudian campurkan perahan lemon, garam masala, lada putih dan yoghurt.
  3.  Masukkan sedikit air dan pewarna oren. Setelah dimasukkan semua bahan tadi hendaklah disimpan selama satu malam, sebelum dipanggang.
  4. Bila dah masak bolehlah diperah dengan hirisan lemon atau limau dan hidangkan.

Selamat mencuba Cara Memasak Ayam Tandoori Yang Simple yang dikongsikan kali ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih