Cara Membeli No Pin UPU Online ATM di BSN

Cara Membeli No Pin UPU Online ATM di BSN – Pembelian no unik ataupun no pin UPU boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional melalui 2 kaedah iaitu pergi ke kaunter ataupun melalui mesin atm. Harga no pin UPU adalah sebanyak RM15.64 (termasuk GST)

Cara Beli Nombor Pin UPU Di ATM BSN

1) Masukkan Nombor PIN

2) Pilih Urusan “Beli PIN”

Cara Membeli No Pin UPU Online ATM di BSN

3) Pilih Jenis Permohonan. Contohnya Permohonan IPTA.

4) Pilih Jenis Program IPTA : Contoh Lepasan “SPM”

5) Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar/My Kad

“YA” untuk meneruskan urusan “TIDAK” untuk memasukkan semula no kad pengenalan jika salah

6) Semak Maklumat Pembelian Nombor PIN UPU

“SETUJU” untuk meneruskan urusan “BATAL” untuk membatalkan urusan.

7) Resit Dicetak, Urusan Selesai. Contoh Resit:

Cara Membeli No Pin UPU Online ATM di BSN

Cara Beli No Pin UPU Online melalui kaunter.

1. Kaunter BSN  – mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) .  Tak perlu ada akaun bank.  Perlu ada nombor Kad Pengenalan.

2. Minta borang pada pekerja di bank berkenaan.

3. isi borang.

4. Ambil nombor giliran.

5. Bayar.

Untuk membeli  Nombor Unik ID UPU di ATM dan SMS Banking ,  perlu memiliki akaun/ kad BSN

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: