Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Sebetulnya Yang Ramai Tak Ambil Kisah

Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Sebetulnya Yang Ramai Tak Ambil Kisah. Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gearP bila berhenti kat trafic light. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gearbox rasanya.

Penggunaan Gear Automatik

Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Sebetulnya

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:

1. tekan brek kaki
2. masuk gearN (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gearD (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:

1. tekan tombol semasa menukar

P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara

N > D
D > N
D > D3
D3 > D

pernah tegur org semua geardia belasah tekan tombol masa tukar. kalau gearyg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan? Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Sebetulnya

Berikut adalah susunan gearuntuk gearbox auto:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gearakan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gearD ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D – drive, penukaran secara auto gear1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear
akan menyekat untuk masuk ke gear4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan geardari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

Sekian info Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Sebetulnya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih