Cara Permohonan Dan Kemaskini BR1M (BSHR 2019) Online

Cara Permohonan Dan Kemaskini BR1M (BSHR 2019) Online dan kemaskini maklumat BSHR 2019 bagi penerima sedia ada dijangkakan boleh dibuat mulai bulan Disember 2018. Tarikh sebenar akan dikemaskini bila diumumkan nanti. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah,  maklumat waris dsb. Kemaskini BSHR 2019

Kemaskini BR1M 2019

Cara Permohonan Dan Kemaskini BR1M (BSHR 2019) Online

  • Memohon dan kemaskini BR1M secara online

    Proses permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:

    https://ebr1m.hasil.gov.my

    Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

  • Memohon dan kemaskini BR1M 2017 secara offline

    Permohonan baharu dan pengemaskinian juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 .

    Borang yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.

Jadual Tarikh Dan Cara Pembayaran BSHR 2019

BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai Januari 2018. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran untuk maklumat lanjut.

Semakan keputusan Bantuan Sara Hidup Rakyat

Sila layari Semakan Status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk panduan semakan status permohonan BRIM.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia, sila hubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga maklumat ini berguna untuk semua.

_______________________________________________

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau Bantuan Sara Hidup akan dikurangkan sebelum dihapuskan menunjukkan kerajaan PH tiada ketetapan dan tidak pernah konsisten.

Exco Pemuda Umno, Shahrul Nasrun Kamaruddin berkata, pengumuman terbaru itu juga menunjukkan Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ‘cakap tidak serupa bikin’.

Ini kerana, katanya, pada 15 Januari 2017, Dr Mahathir mengatakan BR1M dikekalkan sekiranya PH menguasai Putrajaya malah terkandung dalam Manifesto PH.

“BR1M adalah bantuan bersasar bertujuan untuk menampung dan meringankan beban perbelanjaan isi rumah terutama golongan B40 yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup. Bagi golongan pertengahan atau yang bergaji besar, BR1M mungkin tidak seberapa.

“Namun, bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti golongan nelayan, petani dan penoreh getah BR1M merupakan sumber penambahan kepada pendapatan mereka. Langkah mahu menghapuskan BR1M menunjukkan kerajaan PH gagal memahami isu dan permasalahan yang sedang menghimpit rakyat ketika ini iaitu isu kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Dr Mahathir jangan berdalih dengan mengatakan BR1M membuatkan rakyat akan bersikap ‘manja’ atau malas dan hidup bergantung ‘tongkat’ kerajaan.

“BR1M adalah seperti bantuan-bantuan lain disalurkan kerajaan kepada rakyat seperti bantuan khas atau bonus penjawat awam di musim perayaan atau bonus akhir tahun.

“Akui sahaja pengumuman mengurangkan dan seterusnya menghapuskan BR1M kerana kerajaan bakal kekurangan pendapatan kesan daripada pemansuhan GST yang menyebabkan negara kehilangan berpuluh bilion,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kerajaan PH agar tidak terus menzalimi rakyat dengan memansuhkan bantuan-bantuan rakyat yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

“BR1M atau apa pun nama kerajaan PH ingin perkenalkan wajar dikekalkan dan perlu penambahbaikan untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah terbela.

“Sekiranya BR1M dihapuskan tatkala isu kos sara hidup masih lagi menghimpit rakyat, ia membuktikan kerajaan PH di bawah kepimpinan Dr Mahathir gagal menjuarai isu-isu rakyat berbanding kerajaan terdahulu,” katanya. – Bernama

Cara Permohonan Dan Kemaskini BR1M (BSHR 2019) Online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: