Cara Semakan Mata Demerit (JPJ) KEJARA

Cara Semakan Mata Demerit (JPJ) KEJARA. Semakan mata demerit secara online dan cara mengurangkan mata demerit. Mulai 1 September 2018, kerajaan melalui JPJ akan melaksanakan sepenuhnya peruntukan perundangan ke atas saman-saman yang dikeluarkan oleh AES/AwAS. Mengikut sistem Automated Awareness Safety System (AwAS), selain disaman, pemandu juga akan dikenakan mata demerit.

Semakan Mata Demerit

Cara Semakan Mata Demerit (JPJ) KEJARA

Sistem Mata Demerit KEJARA merupakan satu sistem dimana mata demerit diberikan bagi setiap satu kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu. Jumlah mata diberi berdasarkan jadual mata demerit KEJARA. Tindakan akan diambil ke atas pemandu berdasarkan mata demerit yang telah terkumpul.

Semakan Mata Demerit JPJ

Anda sebenarnya boleh menyemak berapa point mata demerit yang telah anda kumpul. Adalah penting untuk anda mengetahui status bilangan mata demerit supaya tindakan boleh diambil sebelum lesen anda gantung.

Semakan mata demerit boleh dibuat secara online di portal JPJ. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak jumlah mata demerit anda:

 

  1. Layari laman Semakan Demerit JPJ di http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-demerit.
  2. Klik menu dropdown “Kategori ID” dan pilih jenis pengenalan diri, contohnya “ORANG AWAM MALAYSIA (MyKAD)”.
  3. Masukkan No. ID anda.
  4. Masukkan kod sekuriti (captcha) dan seterusnya klik butang “Semak”.
  5. Skrol ke bawah untuk melihat keputusan semakan. Ia akan dipaparkan di bawah tajuk “HASIL CARIAN”.

Cara Mengurangkan Jumlah Mata Demerit

Pemegang lesen yang mengumpul sejumlah mata demerit tetapi belum mencapai 20 mata (belum digantung lesen) boleh mengurangkan sejumlah 50 peratus mata demerit sebagai insentif berkelakuan baik, iaitu:

  • Tidak melakukan sebarang kesalahan demerit  dalam tempoh satu tahun (12 bulan) sejak kesalahan terakhir.
  • Mengikuti kursus pemulihan anjuran JPJ dan lulus kursus tersebut.

Pemberian insentif ini adalah hanya sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu.

Semoga maklumat semakan mata demerit dan cara mengurangkan mata demerit ini berguna buat semua para pemandu.

Sumber: JPJ

Cara Semakan Mata Demerit (JPJ) KEJARA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih