Cucur Udang Rangup Yang Mudah Disediakan

Cucur Udang Rangup Yang Mudah Disediakan – Cucur udang memang nampak untuk disediakan tapi untuk dapat yang rangup tentu ada teknik dan cara untuk disediakan. Disini admin nak berkongsi resepi masakan cara membuat cucur udang yang rangup diluar tetapi lembut didalam. BACA: Cara Memasak Ayam Tandoori Yang Simple

Inilah bahan-bahan dan cara menyediakan cucur udang rangup

cucur udang rangup

Bahan-bahannya cucur udang:

  • 500g udang – kopek kulit dan bersihkan
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 genggam taugeh
  • 1 cekak kucai – potong pendek
  • 1 biji putih telur
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sudu teh cuka
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 4 senduk tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam, Air – secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Dan Sedap

Cara menyediakan cucur udang rangup:

Masukkan kesemua bahan2, kecuali air, ke dalam satu bekas besar. Gaul rata dan masukkan air sedikit2 sehingga menjadi adunan yg di kehendakki (tidak terlalu pekat atau cair).

Panaskan minyak dalam kuali besar untuk goreng terendam. Ambil adunan sesudu besar dan lenyekkan di tepi kuali supaya nipis. Balikkan cucur apabila lekang dari kuali dan goreng sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.

Potong-potong dan hidangkan dengan hirisan timun, sengkuang dan kuah kacang.

Kuah Kacang Segera Cucur Udang

Bahan-bahannya :

  • 3 genggam Kacang Tanah
  • 3 ulas Bawang Merah
  • 10 biji Cili Kering
  • Air Asam Jawa
  • Garam, Gula

Cara menyediakan:

  • Goreng kacang tanah dgn sedikit minyak sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng hirisan bawang merah dan angkat.
  • Goreng cili kering dan angkat.
  • Kisar kesemua bahan2 dengan air secukupnya.

Selamat mencuba Cucur Udang Rangup yang pasti membuka selera keluarga anda

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses