((DIY)) Inilah Cara Membuat Penggalak Tanaman Yang Ramai Tak Tahu

((DIY)) Inilah Cara Membuat Penggalak Tanaman Yang Ramai Tak Tahu. Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan Plant Booster ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah…

Cara Membuat Penggalak Tanaman

Bahan-bahan

PENGGALAK TANAMAN

Bahan A. Kisar halus pisang, nenas, betik, kangkung dan belacan.

Bahan A (kisar halus)

1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

PENGGALAK TANAMAN

Bahan B. Susu, gula merah, telur dan beras hancur.

Bahan B

6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air

Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.

Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.

Bahan C

11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.

Cara Membuat

Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.

Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.

1. Campur bahan A (yg dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh buat macam tu.

 Tabur ragi di atas permukaan bahan.

Tabur ragi di atas permukaan bahan.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).

Tutupkan dengan kain

Tutupkan dengan kain

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik usik dia.

Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.

Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.

step 5 pt

6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.

Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.

Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.

Cara penggunaan.

Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.

Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Plant Booster ini perlu digunakan bersama baja.

Nota : Penggalak Tanaman ini saya ubahsuai dari resepi Jabatan Pertanian

Ditulis oleh: Salina Shamsudin

Cara Membuat Penggalak Tanaman Yang Ramai Tak Tahu

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Add Comment