Honda Malaysia Sasar Jualan City Baharu 2,000 Unit Sebulan

Sending
User Review
5 (3 votes)

Honda Malaysia Sdn Bhd menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi model City baharu yang dilancarkan, dengan varian S berharga kurang RM1,000 daripada S+ sebelum ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Katsuto Hayashi berkata City baharu itu, dilengkapi penambahbaikan segmen C serta tawaran keselamatan dan ciri-ciri canggih yang dinaik taraf, ditawarkan pada harga segmen B tanpa sebarang kenaikan.

Honda Malaysia Sasar Jualan City Baharu 2,000 Unit Sebulan

City baharu itu, yang mengekalkan enjin 1.5L i-VTEC Honda, boleh didapati dalam tiga varian iaitu S, E dan V, dengan harga atas jalan masing-masing antara RM78,300, RM84,600 dan RM92,000.

Honda Malaysia Sasar Jualan City Baharu 2,000 Unit Sebulan

“Saya yakin tiga varian ini boleh menarik lebih ramai pembeli yang berminat untuk bertukar kepada ciri-ciri nilai tambah lebih baik,” katanya dalam ucapan semasa pelancaran model City baharu itu di sini, Khamis.

Model baharu itu tersedia dalam lima warna iaitu Lunar Silver Metallic, Dark Ruby Red Pearl, Taffetta White, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.

Sejak pelancaran Honda City Generasi Keempat pada Mac 2014, model itu menerajui kategori Sedan segmen B dengan lebih 100,000 unit dijual di Malaysia, dan hampir 40 peratus jualan Honda Malaysia dalam tempoh tiga tahun. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih