Inilah Cara Pengiraan Waktu Solat Dhuha

Inilah Cara Pengiraan Waktu Solat Dhuha

Waktu Solat Dhuha

 

Waktu Solat Dhuha

Secara umumnya waktumelakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi satu galah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Pengiraan Waktu Solat Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktuSyuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktuSyuruk dan waktuSubuh atau secara purata waktuDhuha bermula 28 minit selepas waktuSyuruk.

Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak

WaktuSyuruk = 07:10 pagi
WaktuSubuh = 05:48 pagi.

WaktuDhuha ialah :
WaktuSyuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (WaktuSyuruk – WaktuSubuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)
= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)
= 07:10 pagi + 27 minit
= 07:39 pagi.

Waktu Dhuha Bermula dari pukul 07:39 pagi.

Waktu Afdal Solat Dhuha

Waktuafdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk Zuhur.

Tamat Waktu Solat Dhuha

Waktu berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya Zuhur.

Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/12/pengiraan-waktu-dhuha-berdasarkan-formula-falak/

*

 
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih