“Isteriku ditebuk bapa sendiri !” – Suami dedahkan tembelang pak mertua

“Isteriku ditebuk bapa sendiri !” – Suami dedahkan tembelang pak mertua | Umur penikahan baru sebulan,seorang suami bukan main terkejut apabila mendapati isterinya hamil 2 bulan.

tembelang pak mertua

Hal itu diketahui selepas dia membawa isterinya berjumpa doktor kerana isterinya itu kerap mengalami muntah-muntah dan tidak enak badan.

Pihak keluarga lelaki pun bertanya kepada bunga (bukan nama sebenar) siapa yang menghamilinya,namun gadis yang masih berusia 20 tahun itu enggan untuk menjawab.

“Isteriku ditebuk bapa sendiri !” – Suami dedahkan tembelang pak mertua

Selepas beberapa hari dipujuk suami,bunga akhinya mengaku bahwa dia telah dicabuli oleh ayah kandungnya sendiri yang berusia 49 tahun

Atas maklumat yang diterima,suami mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis dan berjaya menahan suspek pada (3/1/2018) kira kira jam 16.40.

semoga kisah ini menjadi kepada kita. Bayangkan hantaran yang ditetapkan belasan hingga puluhan ribu ringgit akhirnya isteri mengandung benih orang.

kisah bapa ratah anak umpama haruan makan anak bukanlah kisah pertama yang berlaku terutamanya di Malaysia tetapi dah banyak kali ini antara kisah haruan makan anak yang patut anda baca sebagai ikhtibar dan lebih berhati-hati

Kes pertama – Bapa rogol anak berusia 9 tahun

KOTA BHARU: Seorang peniaga dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 10 tahun, September lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 50 tahun mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol anak perempuannya berusia 10 tahun empat bulan, di sebuah rumah tanpa nombor di Beris Kubur Besar, Bachok, di antara jam 9.30 malam hingga 11.15 malam, pada 22 September 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, tertuduh pergi ke rumah bekas isterinya bagi mengambil mangsa untuk tidur di rumahnya, namun mangsa enggan.

Bagaimanapun, selepas dipujuk ibunya, mangsa mengikut bapanya.

Pada jam 11.30 malam, mangsa pulang ke rumah dengan dihantar oleh kakaknya dan ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan ‘berlainan’ dan selepas dipujuk, mangsa memberitahu dirogol bapanya dan ini bukan kejadian kali pertama.

Pada 12 Oktober lalu, tertuduh sekali lagi datang mahu mengambil mangsa, namun ibunya tidak membenarkan dan kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana perlu menyara ramai anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira perbuatan sumbang mahram terhadap anaknya sendiri.

Kes 2 – bapa rogol anak berusia 15 tahun hingga hamil

POLIS menahan seorang lelaki berusia 50 tahun kerana merogol anak perempuannya berusia 15 tahun sehingga mengandung di Blok Green Garden Air Itam, Georgetown semalam.

Rahsia lelaki itu terbongkar apabila ibu mangsa berusia 50 tahun mengesyaki suaminya ada membuat perkara tidak senonoh dengan anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, berdasarkan siasatan anak perempuannya berusia 15 tahun didapati telah mengandung dan mengaku telah melakukan hubungan seks dengan bapanya

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan mangsa sudah tidak bersekolah.

Katanya, satu laporan dibuat di Balai Polis Air Itam dan polis kemudian menahan suspek di rumahnya untuk siasatan lanjut.

€œPolis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk tindakan selanjutnya,”€ katanya.

Anuar berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah mengandung enam bulan.

Beliau berkata, polis turut merakam percakapan isteri suspek, mangsa dan saksi.

Katanya, siasatan turut dilakukan di lokasi kejadian selain barang kes untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“€œKes diklasfikasikan selesai dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu rogol dan suspek kini ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut,”€ katanya.

[ BACA: Isteri ‘diratah’ bomoh setiap kali buat rawatan gangguan makhluk halus ]

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih