Jadual dan Keputusan Piala AFF B-16 2018

Jadual dan Keputusan Piala AFF B-16 2018. KUALA LUMPUR: Biarpun diundi bersama juara tiga kali Thailand dalam saingan Kumpulan B, peluang skuad bawah 16 tahun negara (B-16) kendalian Lim Teong Kim untuk melepasi pusingan awal Kejuaraan AFF B-16 di Surabaya, Indonesia hujung bulan ini tampak cerah.

Keputusan Piala AFF B-16

Jadual dan Keputusan Piala AFF B-16 2018

Saingan kumpulan itu dilihat lebih mudah apabila hanya membabitkan Singapura, Brunei dan Laos berbanding Kumpulan A yang menyaksikan pasukan tuan rumah berdepan juara bertahan, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Timor-Leste dan Filipina.

Skuad muda negara akan memulakan kempen bertemu Laos pada 30 Julai ini, diikuti aksi menentang Brunei (3 Ogos), Singapura (5 Ogos) dan Thailand (7 Ogos) dengan keempat-empat perlawanan akan berlangsung di Stadium Joko Samudro, Surabaya.

Sekiranya Malaysia, juara 2013 layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung 9 Ogos manakala aksi final dan penentuan tempat ketiga/keempat pula dijadualkan pada 11 Ogos.

Sebagai persiapan, Teong Kim sudah mengadakan tiga perlawanan persahabatan untuk menguji barisan pemainnya.

Mereka berjaya mengatasi skuad B-16 Indonesia 4-3 pada 6 Julai lalu tetapi kalah dua kali kepada skuad B-16 Korea Selatan dengan keputusan 0-2 dan 0-4 (11 dan 17 Julai).

Sebelum bertandang ke Surabaya, Malaysia akan bertemu skuad B-16 Kemboja pada 20 Julai dan skuad India B-16 (23 dan 26 Julai) dalam tiga lagi aksi pemanas badan.

Kejohanan AFF juga bakal menjadi pengukur kepada kemampuan skuad negara dalam misi menamatkan kempen selaku empat pasukan terbaik di Kejuaraan AFC B-16 September ini bagi melayakkan diri ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan. – BHonline

Jadual dan Keputusan Piala AFF B-16 2018

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih